Firman Allah SWT:"Bersabarlah(hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan PERTOLONGAN ALLAH..."[An-Nahl:127]
Sabar ialah MENAHAN HATI dari BERKELUH-KESAH dan TERSEMBUNYI DARI PENGADUAN kepada manusia tetapi hanya kepada ALLAH.Hakikat perkara ini adalah agak sulit dipraktikkan oleh orang awam dan ia dilalui secara tersunyi tersembunyi oleh ahli kecintaan .
TINGKATAN-TINGKATAN DALAM KESABARAN...
Pertama:
Sabar itu untuk tidak melakukan perbuatan maksiat Ia bermakna juga menahan hawa nafsu dengan cara mengingatkan tentang ancaman Allah,demi mengutuhkan keimanan,sekaligus berjaga-jaga dari perbuatan yang diharamkan Allah SWT.
Kedua:
Sabar demi ketaatan ,berusaha memelihara dan menjaga secara terus menerus(istiqamah) agar tetap pada jalur keikhlasan dan melindungi sikap diri kerana atas kesedaran.
Ketiga:
Sabar terhadap BALA (musibah) yang menimpa diri dengan harapan beroleh pahala yang sebaik-baiknya dan menanti dengan jiwa yang lapang tanpa MEMPERDULIKAN BALA setelah membandingkan dengan kurnia-kurnia Allah SWT serta juga mengingatkan kenikmatan yang pernah diperolehi selama ini.
Berkenaan dengan ketiga-tiga tingkatan di atas ada firman Allah SWT yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman ,bersabarlah kamu..."[Ali-Imran:200]
Ini bermaksud ,SABAR dalam menghadapi bala,TABAH dalam menjauhi maksiat dan BERTAHAN di kedudukan taat.
SABAR YANG PALING LEMAH ADALAH SABAR KERANA ALLAH SWT.INILAH KESABARAN ORANG AWAM.DI ATASNYA ADALAH SABAR ORANG YANG MENGHENDAKI(AL-MURIID) DAN LEBIH TINGGI DARI KEDUA-DUANYA ITU ADALAH KESABARAN ORANG YANG BERJALAN MENUJU ALLAH SWT.
اَللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ, ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِك
"Ya ALLAH, Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati, tetapkanlah hatiku pada agamaMU"
Aamiin...













