KampungFM Blog

Salahuddin Al-Ayyubi
Petikan dari Abul Hassan ali Nadwai, Saviors of Islamic Spirit

Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurd biasa (Poole, 1914). Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada siapapun yang menjangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran sehingga ke hari ini.

Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang governor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang mulia.

Walau bagaimana pun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk bakal pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, ia diperintahkan untuk mara ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi’ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat pembunuhan (Bahauddin, 1234). Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan firman Allah, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu” (Al-Baqarah:216)

Pertukaran Hidup Salahuddin

Apabila Salahuddin menguasai Mesir, ia tiba-tiba berubah. Ia yakin bahawa Allah telah mempertanggungjawabkan kepadanya satu tugas yang amat berat yang tak mungkin dapat dilaksanakan jika ia tidak bersungguh-sungguh. Bahauddin telah menuliskan dalam catatannya bahawa Salahuddin sebaik-baik sahaja ia menjadi pemerintah Mesir, dunia dan kesenangannya telah lenyap dari pandangan matanya. Dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah ia telah menolak godaan-godaan dunia dan segala kesenangannya (Bahauddin,1234).

Bahkan Stanley Lane Poole(1914) telah menuliskan bahwa Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras. Ia bertambah wara’ dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Ia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup “Spartan” yang menjadi contoh kepada tenteranya. Ia menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan iaitu untuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir dari tanah air Islam. Salahuddin pernah berkata, “Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan ia menjuarai perjuangan Islam. Sehubungan dengan ia telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad.

Semangat Jihadnya

Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin telah mencatatkan bahawa semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Ia sentiasa meluahkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad ia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini ia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya.

Siapa sahaja yang memerhatikannya akan dapat melihat apabila ia telah memulakan jihat melawan tentera salib ia akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya. Dalam medan peperangan ia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Ia akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Ia juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

Ketika ia mengepung Acre ia hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga Isnin kerena ia tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu. (Bahauddin, 1234)

Peperangan Hittin

Satu siri peperangan yang sengit telah berlaku antara tentera Salahuddin dengan tentera Salib di kawasan Tiberias di kaki bukit Hittin. Akhirnya pada 24 Rabiul-Akhir, 583 H, tentera Salib telah kalah teruk. Dalam peperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestin telah dapat di tawan beserta adiknya Reginald dari Chatillon. Pembesar-pembasar lain yang dapat ditawan ialah Joscelin dari Courtenay, Humphrey dari Toron dan beberapa orang ternama yang lain. Ramai juga tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah tertawan. Stanley Lane-Poole menceritakan bawaha dapat dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orang tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah. Mayat-mayat tentera Kristian bertimbun-timbun seperti batu di atas batu di antara salib-salib yang patah, potongan tangan dan kaki dan kepala-kepala manusia berguling seperti buah tembikai. Dianggarkan 30,000 tentera Kristian telah mati dalam peperangan ini. Setahun selepas peperangan, timbunan tulang dapat dilihat memutih dari jauh.

Kecintaan Salahuddin kepada Islam

Peperangan Hittin telah menyerlahkan kecintaan Salahuddin kepada Islam. Stanley Lane-Poole menulis bahawa Salahuddin berkhemah di medan peperangan semasa peperanggan Hittin. Pada satu ketika setelah khemahnya didirikan diperintahkannya tawanan perang dibawa ke hadapannya. Maka dibawalah Raja Palestin dan Reginald dari Chatillon masuk ke khemahnya. Dipersilakan sang Raja duduk di dekatnya. Kemudian ia bangun pergi ke hadapan Reginald lalu berkata, “Dua kali aku telah bersumpah untuk membunuhnya. Pertama ketika ia bersumpah akan melanggar dua kota suci dan kedua ketika ia menyerang jamaah haji. Ketahuilah aku akan menuntut bela Muhammat atasnya”. Lalu ia menghunuskan pedangnya dan memenggal kepala Reginald. Mayatnya kemudian dibawa keluar oleh pengawal dari khemah.

Raja Palestin apabila melihat adiknya dipancung, ia mengeletar kerana menyangka gilirannya akan tiba. Tetapi Salahuddin menjamin tidak akan mengapa-apakannya sambil berkata, “Bukanlah kelaziman seorang raja membunuh raja yang lain, tetapi orang itu telah melanggar segala batas-batas, jadi terjadilah apa yang telah terjadi”.

Tindakan Salahuddin adalah disebabkan kebiadaban Reginald kepada Islam dan Nabi Muhammad. Bahauddin bin Shaddad, penasihat kepercayaan Salahuddin mencatatkan bila jamaah haji dari Palestin diserang dicederakan tanpa belas kasihan oleh Reginald, di antara tawanannya merayu supaya mereka dikasihani. Tetapi Reginald dengan angkuhnya mengatakan, “Mintalah kepada nabi kamu , Muhammad, untuk menyelematkan kamu”. Apabila ia mendapat berita ini ia telah berjanji akan membunuh Reginald dengan tangannya sendiri apabila ia dapat menangkapnya.

Menawan Baitul Muqaddis

Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis hinggakan bukitpun akan mengecut dari bebanan yang dibawa di dalam hatinya.

Pada hari Jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra’ Mi’raj, Salahuddin telah memasuki banda suci tempat Rasulullah saw. naik ke langit. Dalam catatan Bahauddin ia menyatakan inilah kemengan atas kemengang. Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-prang biasa datang meraikan gembira kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan “Allahhu Akbar” dan “Tiada tuhan melainkan Allah” telah memenuhi langit. Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddid. Salib yang terpampang di ‘Dome of Rock’ telah diturunkan. Betapa hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya hari itu.

Salahuddin yang Penyayang

Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeza daripada kekejaman musuh Kristiannya. Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam. Ia telah menuliskan yang Salahuddin telah menunjukkan ketiggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian dipersalah-lakukan. Semua jalan keluar-masuk ke Baitul Muqaddis di tangannya dan seorang yang amanah telah dilantik di pintu Nabi Daud untuk menerima wang tebusan daripada orang-orang Kristian yang ditawan.

Lane-Poole juga telah menuliskan bahawa Salahuddin telah mengatakan kepada pegawainya, “Adikku telah membuat infak, Padri besar pun telah benderma. Sekarang giliranku pula”. Lalu ia memerintahkan pegawainya mewartakan di jalan-jalan Jerusalem bahawa sesiapa yang tidak mampu membayar tebusan boleh dibebaskan. Maka berbondong-bondonglah orang keluar dari pintu St. Lazarus dari pagi hingga ke malam. Ini merupakan sedekah Salahuddin kepada orang miskin tanpa mengidar bilangan mereka.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu ‘tersumbat’ dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi yang mengalir dari pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencermarkan kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan. Maka sangat bernasip baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.

Lane-Poole juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dialah seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman.

Perang Salib Ketiga

Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin kepada orang-orang Kristian pada tahun 1099 (490H) manakala yang kedua telah dimenangi oleh Salahuddin dalam peperangan Hittin pada tahun 583H (1187M) di mana beberapa hari kemudian ia telah menawan Baitul Muqaddis tanpa perlawanan. Kekalahan tentera Kristian ini telah menggegarkan seluruh dunia Kristian. Maka bantuan dari Eropah telah dicurahkan ke bumi Palestin. Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian seperti Fredrick Barbossa raja Jerman, Richard The Lion raja England, Philips Augustus raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders telah bersekutu menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa pembesarnya dan saudara maranya serta tentaranya untuk mempertahankan kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah mereka tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang besar itu.

Peperangan ini berlanjutan selama 5 tahun hingga menyebabkan kedua belah pihak menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk memuat perjanjian di Ramla pada tahun 588H. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah pengusa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra diletakkan di bawah pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah peperangan Salib ketiga.

Lane-Poole telah mencatatkan perjajian ini sebagai berakhirnya Perang Suci yang telah berlajutan selama 5 tahun. Sebelum kemenangan besar Hittin pada bulan Julai, 1187M, tiada satu inci pun tanah Palestin di dalam tangan orang-orang Islam. Selepas Perjanjian Ramla pada bulan September, 1192M, keseluruhanya menjadi milik meraka kecuali satu jalur kecil dari Tyre ke Jaffa. Salahuddin tidak ada rasa malu apapun dengan perjanjian ini walaupun sebahagian kecil tanah Palestin masih di tangan orang-orang Kristian. Atas seruan Pope, seluruh dunia Kristian telah mengangkat senjata. Raja England, Perancis, Sicily dan Austria serta Duke of Burgundy, Count of Flanders dan beratus-ratus lagi pembesar-pembesar telah bersekutu membantu Raja dan Putra Mahkota Palestin untuk mengembalikan kerajaan Jerusalem kepada pemerintahan Kristian. Walau bagaimana pun ada raja yang mati dan ada yang balik dan sebahagian pembesar-pembesar Kristian telah terkubur di Tanah Suci itu, tetapi Tanah Suci itu masih di dalam tangan Salahuddin.

Selanjutnya Lane-Poole mencatatkan, seluruh kekuatan dunia Kritian yang telah ditumpukan dalam peperangan Salib ketiga tidak mengoyangkan kekuatan Salahuddin. Tenteranya mungkin telah jemu dengan peperangan yang menyusahkan itu tetapi mereka tidak pernah undur apabila diseru untuk menjualkan jiwa raga mereka di jalan Tuhan. Tenteranya yang berada jauh di lembah Tigirs di Iraq mengeluh dengan tugas yang tidak henti-henti, tetapi ketaatan meraka yang tidak pernah berbelah bagi. Bahkan dalam peperangan Arsuf, tenteranya dari Mosil (sebuah tempat di Iraq) telah menunjukkan ketangkasan yang hebat. Dalam peperangan ini, Salahuddin memang boleh memberikan kepercayaan kepada tentra-tenteranya dari Mesir, Mesopotamia, Syria, Kurds, Turkmans, tanah Arab dan bahkan orang-orang Islam dari mana-mana sahaja. Walaupun mereka berlainan bangsa dan kaum tetapi Salahuddin telah dapat menyatukan mereka di atas jalan Tuhan daripada mula peperangan pada tahun 1187 hinggalah berakhirnya pada tahun 1192.

Lane-Poole juga menuliskan dalam peperangan ini Salahuddin sentiasa syura. Ia mempunyai majlis syura yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.

Wafatnya Salahuddin

Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas ia jatuh sakit, ia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja’afar seorang yang wara’ telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya jika ia nazak, bacaan Qur’an dan syahadah boleh diperdengarkan kepadanya. Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Qur’an. Dalam masa ini Salahuddin selalu pingsan dan sedar sebentar. Apabila Syeikh Au Jaafar membacakan ayat, “Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata” (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, “Memang benar”. Selepas ia mengucapkan kata-kata itu rohnya pun kembali ke rahmatullah. Masa ini ialah sebelum subuh, 27 Safar.

Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika ia wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.

Salahuddin yang Wara’

Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan kewarakan Salahuddin. Satu hari ia berkata bahawa ia telah lama tidak pergi sembahyang berjemaah. Ia memang suka sembahyang berjemaah, bahkan ketika sakitnya ia akan memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Disebabkan sembahyang adalah ibadah utama yang diasaskan oleh Rasulullah saw, ia sentiasa mengerjakan sembahyang sunnat malam. Jika disebabkan hal tertentu ia tidak dapat sembahyang malam, ia akan menunaikannya ketika hampir subuh. Bahauddin melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga terakhir di mana ia telah tersangat lemah dan selalu pingsan. Tetapi ia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Ia tidak pernah membayar zakat kerana ia tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Ia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya ia hanya memiliki 47 dirham wang perak dan satu dinar wang emas. Ia tidak meninggalkan harta.

Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasihatkannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, “Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku”. Maka segera ia membayar fidyah.

Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi ia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kewatannya, keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan.

Ia sangat gemar mendengar bacaan Qur’an. Dalam medan peperangan ia acap kali duduk mendegar bacaan Qur’an para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzu’ semalam. Ia mendengar dengan sepenuh hati dan perhatian sehingga air matanya membasahi dagunya. Ia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Ia akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke bandar, ia akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang ia sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinang. Dalam peperangan kadang-kadang ia berhenti di antara musuh-musuh yang datang untuk mendegarkan hadis-hadis dibacakan kepadanya. Ia juga sangat berpegang teguh kepada rukun iman hinggakan ia telah mengarahkan anaknya al-Malik al-Zahir membunuh Suhrawady yang membawa ajaran sesat.

Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Ia biasa meletakkan segala harapannya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika ia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi daripada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak ia enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahaauddin mencatatkan, “Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Ia menghabiskan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat. Pada tengah malam saya minta supaya ia berehat tetapi jawanya, “Ku fikir kau mengantuk. Pergilah tidur sejenak”. Bila hampis subuh akupun bangun dan pergi mendapatkannya. Aku dapati ia sedang membasuh tangannya. “Aku tidak tidur semalam” katanya. Selepas sembahyang subuh aku berkata kepadanya, “Kau kena munajat kepada Allah memohon pertolongan-Nya”. Lalu ia bertanya, “Apa yang perlu ku lakukan?”

Aku menjawab, “Hari ini hari Jumaat. Engkau mandilah sebelum pergi ke masjid Aqsa. Keluarkanlah infaq dengan senyap-senyap. Apabila kau tiba di masjid, sembahyanglah dua rakaat selepas azan di tempat Rasulullah saw pernah sembahyang sebelum mi’raj dahulu. Aku pernah membaca hadis doa yang dibuat di tempat itu adalah mustajab. Oleh itu kau bermunajadlah kepada Allah dengan ucapan “Ya Tuhanku, aku telah kehabisan segala bekalanku. Kini aku mohon pertolongan-Mu. Aku menyerahkan diriku kepada-Mu. Aku yakin hanya Engkau sahaja yang boleh menolongku dalam keadaan yang genting ini”

Aku mengatakan kepadanya, “Aku sangat berharap Allah akan mengkabulkan doamu”. Lalu Salahuddin melakukan apa yang ku usulkan. Aku berada di sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan berlaku di antara musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya mereka membuka khemah-khemah mereka dan berangkat ke Ramla pada hari Isnin pagi”

Perangai Salahuddin

Siapa yang rapat dengannya mengatakan ia adalah seorang Islam yang taat kepada Allah, sangat peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun. Bahauddin bin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan ia telah memberikan masa untuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Pada masa ini ia disertai oleh pembesar-pembesar negara, ulama dan kadi. Semua orang boleh berjumpa dengannya. Ia sendiri akan membacakan aduan yang diterimanya dan mengucapkan untuk dituliskan oleh juru tulis tindakan yang perlu diambil dan terus ditandatanganinya pada masa itu juga. Ia tidak pernah membenarkan orang meninggalkannya selagi ia belum menyempurnakan hajat orang itu. Dalam masa yang sama ia sentiasa bertasbih kepada Allah.

Jika ada orang membuat aduan, ia akan mendegarkan dengan teliti dan kemudian memberikan keputusannya. Suatu hari seorang lelaki telah membuat aduan berkenaan Taqiuddin, anak saudaranya sendiri. Dengan segera ia memanggil anak saudaranya itu dan meminta penjelasan. Dalam ketika yang lain ada orang yang membuat tuduhan kepada Salahuddin sendiri. Yang memerlukan penyiasatan. Walaupun tuduhan orang itu didapati tidak berasas, ia telah menghadiahkan orang itu sehelai jubah dan beberapa pemberian yang lain.

Ia adalah seorang yang mulia dan baik hati, lemah lembut, penyabar dan sangat benci kepada ketidak adilan. Ia sentiasa mengabaikan kesilapan-kesilapan pembantu-pembantu dan khadam-khadamnya. Jika mereka melakukan kesilapan yang memanaskan hatinya, ia tidak pernah menyebabkan kemarahannya menjatuhkan air muka mereka. Pada suatu ketika ia pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. Ia meminta sehingga lima kali lalu berkata, “Aku hampir mati kehausan”. Ia kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan. Dalam ketika yang lain ia hendak mandi selepas mengalami sakit yang agak lama. Didapatinya air yang disediakan agak panas, lalu ia meminta air sejuk. Sebanyak dua kali khadamnya menyebabkan air sejuk terpercik kepadanya. Disebabkan ia belum benar-benar sihat, ia merasa kesejukan tetapi ia hanya berkata kepada khadamnya, “Cakap sajalah kalau kau tak suka kepadaku”. Lalu khadam itu cepat-cepat minta maaf dan Salahuddin terus memaafkannya.

Bahauddin juga telah mencatatkan beberapa peristiwa yang menunjukkan sifat pemurah dan baik hati Salahuddin. Kadang-kadang kawasan yang baru ditawannya pun diberikannya kepada pengikutnya. Satu ketika ia telah berjaya menawan bandar ‘Amad. Lalu seorang perwira tentera, Qurrah Arslan, menyatakan keinginannya untuk memerintah bandar itu. Dengan senang hati ia memberikannya. Bahkan dalam beberapa ketika ia menjualkan hartanya semata-mata untuk membeli hadiah. Melihat betapa pemurahnya Salahuddin, bendaharinya selalu merahsiakan baki wang simpanan untuk digunakan semasa kecemasan. Jika ia tahu, ia akan menyedekahkan khazanah negara sehingga habis. Salahuddin pernah mengatakan ada orang baginya wang dan debu sama sahaja. “Aku tahu”, kata Bahauddin, “Ia mengatakan dirinya”.

Salahuddin tidak pernah membiarkan tetamunya meninggalkannya tanpa hadiah atau sebarang bentuk pemberian tanda penghargaan, walaupun tamunya itu seorang kafir. Raja Saida pernah melawat Salahuddin dan ia menyambutnya dengan tangat terbuka, melayannya dengan hormat dan mengambil kesempatan menerangkan Islam. Bahkan Salahuddin sentiasa mengirimkan ais dan buah-buahan kepada Richard the Lion, musuh ketatnya, ketika Raja inggeris itu sakit.

Hatinya memang sangat lembut hingga ia sangat mudah terkesan apabila melihat orang dalam kesusahan dan kesedihan. Suatu hari seorang perempuan Kristian datang mengadu kehilangan bayinya. Perempuan itu menangis dan meraung di depan Salahuddin sambil menceritakan bayinya dicuri dari khemahnya. Perempuan itu seterusnya mengatakan ia telah dimaklumkan hanya Salahuddin sahaja yang boleh mendapatkan bayi itu kembali. Hatinya tersentuh mendengar cerita perempuan itu lalu iapun turut menangis. Ia segera memerintahkan pegawai-pegawainya mencari bayi itu di pasar hamba-sahaya. Tidak lama kemudian bayi itu telah dapat dibawa kembali lalu dengan rasa gembira mendoakan kesejahteraan Salahuddin.

Bahauddin juga mencatatkan Salahuddin sangat kasihan belas kepada anak-anak yatim. Bila ia terjumpa anak-anak yatim ia akan menguruskan supaya ada orang menjadi penjaga anak itu. Kadang-kadang ia sendiri yang akan menjaga dan membesarkan anak yatim yang ditemuinya. Ia juga sangat kasihan melihat orang tua atau yang kurang upaya dan akan memberikan penjagaan yang khas kepada mereka apabila ia bertemu dengan orang sedemikian.

Kesungguhan dan Semangat

Ketika mengepung bandar Acre, Bahauddin mencatatkan bahawa Salahuddin mengidap sakit kuat yang mengebabkan beliau sangat susah untuk bangun. Meskipun demikian, ia keluar menunggang kudanya untuk memeriksa angkatan tenteranya. Bahauddin bertanya kepadanya bagaimana ia boleh menahan sakitnya. Maka Salahuddin menjawab, “Penyakit akan peninggalkanku apabila kamu menunggang kuda”.

Dalam ketika yang lain ia sebenarnya dalam keadaan yang lemah akibat sakit tetapi pergi memburu musuh sepanjang malam. “Apabila ia sakit”, kata Bahauddin, “Aku dan doktor akan bersamanya sepanjang malam. Ia tidak dapat tidur akibat menahan sakit, tetapi apabila pagi menjelang, ia akan menunggang kuda untuk melawan musuh. Ia menghantar anak-anaknya ke medan perang sebelum memerintahkan orang lain berbuat demikian. Aku dan doktornya bersamanya sepanjang hari menunggang kuda sehinggalah musuh berundur apabila senja menjelang. Ia hanya akan kembali ke khemah selepas memberikan arahan untuk kawalan keselamatan pada waktu malam”.

Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin. Kadang-kadang ia sendiri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang ia sendiri akan pergi merempun celah-celah tentera musuh yang sedang mara. Ia sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya. Bahauddin ada mencatatkan satu kisah yang menunjukkan betama beraninya Salahuddin. Salahuddin diberitahu bahawa ia selalu mendengar bacaan hadis pada masa lapang bukannya ketika perang. Apabila mendengar perakara ini ia segera mengarahkan supaya hadis-hadis dibacakan kepadanya ketiak peperangan sedang berkecamuk dengan sengitnya.

Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang untuk menentangnya. Dalam bebeerapa ketika, tentera Salib berjumah sehingga 600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera yang jauh lebih sedikit. Berkat pertolongan Allah ia menang, membunuh ramai musuh dan membawa ramai tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu petang lebih dari 70 kapal tentera musuh beserta senjata berat mendarat pada satu petang. Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali Salahuddin. Dalam satu peperangan yang sengit semasa kepungan ini, serangan mendadak besar-besaran dari musuh telah menyebabkan tentera Islam kelam kabut. Tentera musuh telah merempuh khemah-khemat tentera Islam bahkan telah sampai ke khamah Salahuddin dan mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur tenteranya kembali sehingga ia berjaya membalikkan kekalahan menjadi kemenangan. Musuh telah kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih kurang 7,000 mayat-mayat.

Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suati hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, “Aku hendak beri tahu padamu apa yang ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, ku berikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah. Aku tak akan meletakkan senjata ku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi atau jika ajalku sampai”.

Salahuddin sebagai ulama

Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Ia juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat mereka. Bahkan ia mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun ia sebenarnya orang Kurd. Ia sangat gemar mengumpulkan pengeatahuan dan maklumat dari kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya. Di samping Qur’an ia juga banyak menghafal syair-syair Arab.

Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddin berpengetahuan yang dalam dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul figh dan juga tafsir Qur’an

Rujukan :

Bahauddin bin Shaddad. 1234M,632H. Al-Nawadir-I-Sultania: Sirat Salahuddin (Bin Nawadir-I-Sultania).Mesir (diterbitkan 1317h):31, 32-33, 7,155,Poole S. L. 1914. Saladin. New York: 72, 99

MUS’AB BIN UMAIR:Pemuda Dakwah
Berikut kisah Mus’ab bin Umair:

Mus’ab bin Umair adalah sahabat Rasulullah S.A.W. yang sangat berjasa dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebelum memeluk Islam, dia berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu bersaing dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Mus’ab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.

Mus’ab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Mus’ab telah menganut Islam.

Ibunya telah mengurung dan menyeksa Mus’ab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu membebaskannya buat sementara.

Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Mus’ab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu memujuk ibunya memeluk Islam kerana kasih pada ibunya. Mus’ab membuat pelbagai ikhtiar tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.

Pada suatu hari Mus’ab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesu. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Mus’ab meninggalkan Islamnya.

Cuba bayangkan bagaimana jika anda berada di tempat Mus’ab ketika itu, berhadapan dengan ibu yang hanya hampir tinggal nyawa ikan? Apakah jawapan anda? Tergamakkah anda membiarkannya terlantar begitu? Atau apakah ada jawapan lain yang lebih menggembirakan? Dengarlah jawapan Mus’ab kepada ibunya: “Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali”.

Apa lagi, lemahlah siibu mendengar jawapan sianak. Dengan jawapan tersebut juga, Mus’ab dihalau daripada rumah ibunya. Tinggallah Mus’ab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu.

Untuk meneruskan kehidupannya, Mus’ab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Mus’ab. Adik-beradik Mus’ab juga sering menemui dan memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Mus’ab tetap mempertahankan keimanannya.

Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi, Rasulullah telah mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Mus’ab turut bersama-sama rombongan tersebut. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping lantaran penyiksaan Quraisy ke atasnya. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah. Kata-kata Rasulullah mengenai Mus’ab sering disebut-sebut oleh sahabat:

”Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Mus’ab seorang pemuda yang hidup mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya”.

Apabila ibu Mus’ab mendapat tahu mengenai kepulangannya, dia memujuk anaknya supaya kembali kepada berhala. Dia mengutuskan adik Mus’ab yang bernama Al-Rum untuk memujuknya. Namun Mus’ab tetap dengan pendiriannya. Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibunya, Al-Rum juga sudah memeluk Islam tetapi dia merahsiakannya.

Mus’ab, adalah orang pertama diutus oleh Nabi ke Madinah untuk berdakwah. Hasil dakwahnya, pada tahun tersebut 12 orang Madinah Masuk Islam dan bertemu dengan Nabi di Musim Haji untuk mengikat janji setia dengan Nabi(Perjanjian A’qabah 1). Pada tahun berikutnya 70 lagi orang Madinah masuk Islam dan datang ke Mekah di musim Haji untuk berjanji setia dengan Nabi(Perjanjian A’qabah 2).Kejayaan cemerlangnya inilah, pembuka jalan kepada Nabi dan para sahabat untuk berhijrah ke Madinah.

Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Mus’ab ditugaskan memegang bendera-bendera Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Mus’ab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul.

Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Mus’ab dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam. Mus’ab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus’ab terus menyambut dan memeluk bendera itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab sebagai syuhada’ Uhud.

Al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan bendera tersebut daripada jatuh ke bumi. Al- Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Mus’ab. Al- Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup jenazahnya. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air mata baginda. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur: Apabila ditarik kainnya ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik kainnya ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.

Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam. Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yang pertama mengetuk setiap pintu rumah di Madinah sebelum berlakunya hijrah. Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah.

Mus’ab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Mus’ab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana berbanding darjat dan kehidupan serba mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan akhirat.

Khalifah Umar Abdul Aziz
Baru satu abad telah berlalu, namun keadaan umat Islam jauh sekali berbeza berbanding dengan zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya dahulu. Bibit-bibit jahiliyah yang dihapuskan Rasulullah s.a.w. telah mula berputik kembali. Sifat suka mementingkan kabilah, semangat berpuak dan mengutama saudara sendiri menjadi ciri-ciri baru kerajaan Islam pada masa itu. Kerajaan tidak lagi dinilai dengan neraca al-Quran dan as-Sunnah, tetapi diukur atas keperluan semasa dan kepentingan negara. Pemimpin-pemimpin Islam sudah pandai bermewah-mewah, melakukan penindasan dan bermegah diri. Sehinggakan Baitul Mal, jadikan sebagai harta peribadi mereka. Masyarakat Islam pula semakin kaya dan leka, mereka semakin meninggalkan penghayatan ilmu dan nilai-nilai Islam. Kekuatan hawa nafsu dan bisikan syaitan telah mencampak mereka ke lembah kealpaan.

Kasih sayang tuhan mengatasi segala-galanya. Dia tidak ingin melihat umat Islam tergelincir ke dalam kegelapan. Dalam cahaya suram yang kelam, terpancarlah sinar yang membawa seribu harapan. Khalifah Umar Abdul Aziz menyelamatkan Islam dan umatnya dengan mengembalikan Islam seolah-olah ke zaman permulaannya.

Umar Abdul Aziz adalah seorang bangsawan yang berbudi halus dan wara’. Walaupun dikelilingi dengan kekayaan dan kemewahan, beliau tidak hanyut dan leka. Beliau menjadi kegilaan anak gadis kerana ketampanannya, dan sering menjadi ikutan pemuda pada zaman itu. Sejak kecil lagi beliau didik dengan ilmu agama. Minat dan kecenderuangan beliau kepada ilmu, membawa beliau ke kota Madinah. Di sanalah beliau mempelajari dan mendalami ilmu agama dari tokoh-tokoh Islam zaman itu. Semasa pemerintahan al-Walid ibn Abdul Aziz, beliau telah menjadi gabenor Madinah selama 7 tahun. Di sini beliau telah menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin Islam sejati. Sehingga Anas ibn Malik berkata: “Aku tidak pernah menjumpai Imam selepas Rasulullah s.a.w. yang menyerupai sembahyangnya seperti Rasulullah s.a.w. kecuali pemuda ini, Umar Abdul Aziz iaitu gabenor Madinah”

Sebaik saja dilantik sebagai khalifah, Umar Abdul Aziz terus membersihkan kerajaan dengan memecat gebenor dan pegawai yang kejam dan tidak adil. Hamba sahaya milik keluarga di raja juga telah dimerdekakan, semua barang kemas dan hadiah yang diterima beliau dan isterinya semasa pertabalan telah diserahkan semuanya kepada Baitul Mal. Istana pula telah dihias secara sederhana sahaja. Umar Abdul Aziz menganggap dirinya sebagai pengganti kepada datuknya iaitu khalifah Umar al-Khattab. Kerana itulah beliau digelar sebagai Umar II. Hidup beliau telah berubah sama sekali, kemewahan dan kemegahan telah ditanggalkan dan digantikan dengan kehidupan yang penuh zuhud dan kesederhanaan.

Pernah suatu ketika, Umar Abdul Aziz memerhatikan anak-anak perempuannya menutup mulut dengan tangan ketika berbual dengannya. Selepas menyiasat, beliau dapati hanya bawang dan kacang sahaja yang terdapat dirumahnya. Anak-anaknya berbuat demikian kerana takut menganggu beliau dengan bau bawang. Dengan berlinangan air mata beliau berkata: “Wahai anakkku adakah kamu inginkan makanan yang enak sedangkan ayahmu dihumban ke dalam neraka?”

Beliau adalah khalifah kepada sebuah empayar terbesar zaman itu, namun tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk menunaikan haji. Sehinggalah sampai satu masa, beliau diberitahu khadamnya, duit untuk menunaikan haji telah mencukupi hasil dari pendapatannya sebagai khalifah. Akan tetapi Umar menjawab: “Kami telah mengambil manfaat harta ini sekelian lama. Sekarang orang Islam berhak menikmati hasilnya.” Kemudian beliau memasukkan semua hasil pendapatan itu ke dalam Baitul Mal. Pernah juga Umar Abdul Aziz datang untuk lewat menghadiri solat Jumaat kerana terpaksa menunggu bajunya yang sehelai itu kering.

Beliau adalah seorang yang zuhud dan sangat berhati-hati. Jika ada mana-mana pegawai dan ahli keluarga yang ingin menemuinya atas urusan peribadi, serta merta beliau memadamkan lilin yang dibekalkan kerajaan dan menggunakan lilinnya sendiri. Beliau tidak pernah mengguna air panas daripada dapur awam atau menghidu wangi-wangian milik Baitul Mal.

Dalam pentadbiran pula, Umar Abdul Aziz telah mengubah kerajaannya sehingga kebajikan rakyat menjadi matlamat utama. Sebelum Umar, perhatian negara hanya terhad kepada memungut hasil cukai dan pembangunan material tanpa memberi penumpuan kepada pembangunan rohani dan keagamaan. Sebaliknya, semasa pemerintahan beliau, sangat sukar untuk berjumpa dengan pengemis atau fakir miskin yang berhak menerima zakat. Pernah Yahya Ibn Sa’id meriwayatkan, Umar melantik beliau memungut zakat di Afrika, setelah selesai memungut zakat beliau mencari orang-orang yang berhajat kepada zakat, tatapi gagal bertemu seorang pun yang boleh diberi bantuan. Lalu beliau membeli beberapa orang hamba sahaya dan memerdekakan mereka bagi pihak kaum muslimin.

Umar Abdul Aziz selalu mengutamakan prinsip, tuntutan moral dan kehendak agama daripada keuntungan politik yang berbentuk duniawi. Dengan keunggulan peribadi dan kehebatan kerajaan yang dipimpinnya, semakin ramai orang bukan Islam memeluk Islam.

Selain daripada kemakmuran hidup, Umar Abdul Aziz telah membawa perubahan yang lebih besar lagi dalam kerajaannya iaitu mangubah kecenderungan dan sikap rakyat jelata. Jika semasa zaman Khalifah al-Walid, perbincangan rakyat lebih tertumpu kepada bangunan dan seni bina kerana itulah kecenderungan al-Walid, Khalifah Sulaiman pula minat kepada perempuan dan majlis makan yang besar, dan itulah menjadi keasyikan dan perbualan rakyatnya. Tetapi dalam masa pemerintahan Umar Abdul Aziz, tajuk-tajuk yang berkaitan dengan sembahyang, doa dan ibadah menjadi topik perbualan utama. Masing-masing bermuhasabah untuk meningkatkan nilai ibadah mereka.

Pembaharuan yang beliau lakukan dalam masyarakat Islam adalah hasil pancaran cahaya rohani dalam dirinya. Keimanan yang teguh, cinta dan takut kepada Allah s.w.t. dan keyakinan terhadap hari pembalasan menjadikan beliau seorang pemimpin agung dalam sejarah Islam. Sehingga ada orang mengatakan beliau adalah khalifah Islam yang kelima daripada Khulafa ar-Rasyidin selepas Sayidina Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali. Andai kata beliau ditakdirkan memerintah lebih lama, sudah pasti dunia Islam akan menyaksikan perubahan yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan. Tetapi kehendak tuhan mengatasi keinginan dan impian manusia. Beliau telah dipanggil mengadap Ilahi setelah dua tahun lima bulan memayungi umat Islam dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w

MISTERI TERBELAHNYA BULAN
Allah berfirman: “Sungguh telah dekat hari qiamat, dan bulan pun telah

terbelah (Q.S. Al-Qamar: 1)”

Dalam temu wicara di televisi bersama pakar Geologi Muslim, Prof. Dr.

Zaghlul Al-Najar, salah seorang warga Inggris mengajukan pertanyaan

kepadanya, apakah ayat dari surat Al-Qamar di atas memiliki kandungan

mukjizat secara ilmiah ?

Maka Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar menjawabnya sebagai berikut:

Tentang ayat ini, saya akan menceritakan sebuah kisah. Sejak beberapa

waktu lalu, saya mempresentasikan di Univ.Cardif, Inggris bagian barat,

dan para peserta yang hadir bermacam-macam, ada yang muslim dan ada juga

yang bukan muslim. Salah satu tema diskusi waktu itu adalah seputar

mukjizat ilmiah dari Al-Qur’an. Salah seorang pemuda yang beragama

muslim pun berdiri dan bertanya, “Wahai Tuan, apakah menurut anda ayat

yang berbunyi “Telah dekat hari qiamat dan bulan pun telah terbelah”

mengandung mukjizat secara ilmiah ?

maka saya menjawabnya:

Tidak, sebab kehebatan ilmiah diterangkan oleh ilmu pengetahuan,

sedangkan mukjizat tidak bisa diterangkan ilmu pengetahuan, sebab ia

tidak bisa menjangkaunya. Dan tentang terbelahnya bulan, maka itu adalah

mukjizat yang terjadi pada Rasul terakhir Muhammad shallallahu ‘alaihi

wassalam sebagai pembenaran atas kenabian dan kerasulannya, sebagaimana

nabi-nabi sebelumnya.

Dan mukjizat yang kelihatan, maka itu disaksikan dan dibenarkan oleh

setiap orang yang melihatnya. Andai hal itu tidak termaktub di dalam

kitab Allah hadits-hadits Rasulullah, maka tentulah kami para muslimin

di zaman ini tidak akan mengimani hal itu.

Akan tetapi hal itu memang benar termaktub di dalam Al-Qur’an dan

sunnah-sunnah Rasulullah shallallahu alaihi wassalam. Dan memang Allah

ta’alaa benar-benar Maha berkuasa atas segala sesuatu.

Maka Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar pun mengutip sebuah kisah Rasulullah

membelah bulan. Kisah itu adalah sebelum hijrah dari Mekah Mukarramah ke

Madinah. Orang-orang musyrik berkata, “Wahai Muhammad, kalau engkau

benar Nabi dan Rasul, coba tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang

bisa membuktikan kenabian dan kerasulanmu (mengejek dan mengolok-olok)?”

Rasulullah bertanya, “Apa yang kalian inginkan ?” Mereka menjawab: “Coba

belahlah bulan, …”

Maka Rasulullah pun berdiri dan terdiam, lalu berdoa kepada Allah agar

menolongnya. Maka Allah memberitahu Muhammad agar mengarahkan

telunjuknya ke bulan. Maka Rasulullah pun mengarahkan telunjuknya ke

bulan, dan terbelahlah bulan itu dengan sebenar-benarnya. Maka

serta-merta orang-orang musyrik pun berujar, “Muhammad, engkau

benar-benar telah menyihir kami!”

Akan tetapi para ahli mengatakan bahwa sihir, memang benar bisa saja

“menyihir”orang yang ada disampingnya akan tetapi tidak bisa menyihir

orang yang tidak ada ditempat itu. Maka mereka pun pada menunggu

orang-orang yang akan pulang dari perjalanan. Maka orang-orang Quraisy

pun bergegas menuju keluar batas kota Mekkah menanti orang yang baru

pulang dari perjalanan. Dan ketika datang rombongan yang pertama kali

dari perjalanan menuju Mekkah, maka orang-orang musyrik pun bertanya,

“Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?”

Mereka menjawab, “Ya, benar. Pada suatu malam yang lalu kami melihat

bulan terbelah menjadi dua dan saling menjauh masing-masingnya kemudian

bersatu kembali…!! !”

Maka sebagian mereka pun beriman, dan sebagian lainnya lagi tetap kafir

(ingkar). Oleh karena itu, Allah menurunkan ayat-Nya:

Sungguh, telah dekat hari qiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika

melihat tanda-tanda kebesaran Kami, merekapun ingkar lagi berpaling

seraya berkata, “Ini adalah sihir yang terus-menerus”, dan mereka

mendustakannya, bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan

benar-benar telah tetap …..sampai akhir surat Al-Qamar.

Ini adalah kisah nyata, demikian kata Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar. Dan

setelah selesainya Prof. Dr. Zaghlul menyampaikan hadits nabi tersebut,

berdiri seorang muslim warga Inggris dan memperkenalkan diri seraya

berkata, “Aku Daud Musa Pitkhok, ketua Al-Hizb Al-Islamy Inggris. Wahai

tuan, bolehkah aku menambahkan?”

Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar menjawab: “Dipersilahkan dengan senang hati.”

Daud Musa Pitkhok berkata, “Aku pernah meneliti agama-agama (sebelum

menjadi muslim), maka salah seorang mahasiswa muslim menunjukiku sebuah

terjemah makna-makna Al-Qur’an yang mulia. Maka, aku pun berterima kasih

kepadanya dan aku membawa terjemah itu pulang ke rumah. Dan ketika aku

membuka-buka terjemahan Al-Qur’an itu di rumah, maka surat yang pertama

aku buka ternyata Al-Qamar. Dan aku pun membacanya: “Telah dekat hari

qiamat dan bulan pun telah terbelah…….” Maka aku pun bergumam:

Apakah kalimat ini masuk akal?? Apakah mungkin bulan bisa terbelah

kemudian bersatu kembali?? Andai benar, kekuatan macam apa yang bisa

melakukan hal itu???

Maka, aku pun menghentikan dari membaca ayat-ayat selanjutnya dan aku

menyibukkan diri dengan urusan kehidupan sehari-hari. Akan tetapi Allah

Yang Maha Tahu tentang tingkat keikhlasam hamba-Nya dalam pencarian

kebenaran.

Maka aku pun suatu hari duduk di depan televisi Inggris.

Saat itu ada sebuah diskusi diantara presenter seorang Inggris dan 3

orang pakar ruang angkasa AS. Ketiga pakar antariksa tersebut pun

menceritakan tentang dana yang begitu besar dalam rangka melakukan

perjalanan ke antariksa. Dan diantara diskusi tersebut adalah tentang

turunnya astronot menjejakkan kakiknya di bulan, dimana perjalanan

antariksa ke bulan tersebut telah menghabiskan dana tidak kurang dari

100 juta dollar.

Mendengar hal itu, presenter terperangah kaget dan berkata, “Kebodohan

macam apalagi ini, dana begitu besar dibuang oleh AS hanya untuk bisa

mendarat di bulan?” Mereka pun menjawab, “Tidak, ..!!! Tujuannya tidak

semata menancapkan ilmu pengetahuan AS di bulan, akan tetapi kami

mempelajari kandungan yang ada di dalam bulan itu sendiri, maka kami pun

telah mendapat hakikat tentang bulan itu, yang jika kita berikan dana

lebih dari 100 juta dollar untuk kesenangan manusia, maka kami tidak

akan memberikan dana itu kepada siapapun.

Maka presenter itu pun bertanya, “Hakikat apa yang kalian telah capai

sehingga demikian mahal taruhannya?” Mereka menjawab, “Ternyata bulan

pernah mengalami pembelahan di suatu hari dahulu kala, kemudian menyatu

kembali.!!!

Presenter pun bertanya, “Bagaimana kalian bisa yakin akan hal itu?”

Mereka menjawab, “Kami mendapati secara pasti dari batuan-batuan yang

terpisah terpotong di permukaan bulan sampai di dalam (perut) bulan.

Maka kami pun meminta para pakar geologi untuk menelitinya, dan mereka

mengatakan, “Hal ini tidak mungkin telah terjadi kecuali jika memang

bulan pernah terbelah lalu bersatu kembali”.

Mendengar paparan itu, ketua Al-Hizb Al-Islamy Inggris mengatakan, “Maka

aku pun turun dari kursi dan berkata, “Mukjizat (kehebatan) benar-benar

telah terjadi pada diri Muhammad sallallahu alaihi wassallam 1400-an

tahun yang lalu. Allah benar-benar telah mengolok-olok AS untuk

mengeluarkan dana yang begitu besar, 100 juta dollar lebih, hanya untuk

menetapkan akan kebenaran muslimin !!!!

Maka, agama Islam ini tidak mungkin salah … (aku pun bergumam),

“Maka, aku pun membuka kembali Mushhaf Al-Qur’an dan aku baca surat

Al-Qamar, dan … saat itu adalah awal aku menerima dan masuk Islam.

Diterjemahkan oleh: Abu Muhammad ibn Shadiq

yusuf al-qardhawi
Sejarah Hidup dan Pemikiran

1.         Hubungan dengan Muhammad al-Ghazali

2.         Rakan-rakannya.

3.         Ilmu-ilmu yang diminatinya.

4.         Pekerjan rasmi dan anugerah

Menurut al-Qaradawi, hubungan dengan Muhammd al-Ghazali bermula pada tahun 1940an. Ketika itu, al-Qaradhawi di akhir peringkat rendah dan pada awal peringkat menengah di Maahad Tanta selepas beliau berkecimpung dengan gerakan Ihkwan. Hubungan mereka bertambah erat apabila mereka di penjara akibat peristiwa penangkapan terhadap pemimpin Ikhwan pada Disember 1948. pada ketika itu al-Qaradhawi masih lagi menuntut di tahun lima Maahad Tanta.Beliau ditahan di penjara Tanta selama sebulan sebelum dibawa ke penjara Tur. Beliau ditahan bersama rakan-rakannya. Antaranya Ahmad Asal, Hikmat Bakir, Shafiq Abu Basha, Haji Ibrahim Bajuri, Husni al-Zamrani,Haji Mahmud Ubait, Jamluddin Fakiah, Muhammad Damradish Murad dan Misbah Muhammad Abduh.

Semasa di penjara Tur, al-Qaradhawi tinggal bersama dengan Muhammad al-Ghazali dalam satu sel. Al-Qaradwi begitu gembira apabila ia mengetahui al-Ghazali bersama beliau dalam bilik penjara tersebut. Dalam penjara ini, Muhammad al-Ghazali menyampaikan pengajian dan siri syarahan kepada mereka. Mereka juga telah melantik Muhammad al-Ghazali sebagai ketua mereka apabila al-Bahi al-Khuli berpindah penjara di Kaherah. Dalam penjara ini juga, al-Qaradawi mengenali Sayyid Sabiq, pengarang kitab Fiqh al-Sunnah.

Rakan-rakannya.

Antara akan-rakan karibnya ialah Abdullah Uqail, Ahmad Asal, Abdul Wahab al-Batattuni, Muhammad Saftawi, Abdul Wadud al-Syalabi . Manakala rakannya dari Malaysia ialah Ustaz Dahlan Arshad yang merupakan kenalan mereka sejak tahun 1970an ketika al-Qaradhawi datang ke Malaysia dan beliau merupakan orang yang dipercayai oleh al-Qaradhawi untuk menterjemahkan ceramahnya apabila al-Qaradhawi berada di Malaysia. Di samping irtu, beliau juga berkenalan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Anwar menjadi Presiden ABIM. Hubungan dengan kepimpinan ABIM terus berjalan dari saat itu sehingga kini. Setiap kali beliau datang ke Malaysia, tempat yang wajib beliau ziarahi adalah pejabat ABIM. Menurut penelitian penulis, ABIM merupakan gerakan Islam pertama yng mengundang al-Qaradhawi untuk datang ke Malaysia dan mengenalkannya kepada masyarakat Islam di sini. Sejak itu, al-Qaradhawi mulai dikenali dan akhir-akhir ini ia semakin dikenali melalui buku-buku terjemahan dan ada buku-bukunya yang dijadikan teks pengajian universiti di Malaysia. Oleh itu, ABIM berkongsi pengalaman dengan al-Qaradhawi dalam mewarnai aliran sederhana dalam masyarakat Islam di Malaysia yang semakin subur kini.

Ilmu-ilmu yang diminatinya.

Al-Qaradhawi amat mencintai segala ilmu Islam dan ilmu yang dapat membantu ilmu-ilmu Islam tersebut. Sebagai seorang ulamak besar, mencintai ilmu merupakan satu kemestian. Penulis pernah berjumpa dengan al-Qaradawi di Pameran Buku Antarabangsa di Kaherah pada tahun 1994 dan meneliti buku-buku terbaru. Beliau sentiasa membeli buku-buku terbaru. Ini menunjukkan minatnya membeli dan membaca buku-biku walaupun telah menjadi ulamak besar.

Menurutnya, beliau sangat mencintai bahasa Arab kerana bahasa Arab merupakan lidah rasmi Islam. Di samping itu, bahasa Arab merupakan syarat memahami al-Quran dan al-Sunnah,. Beliau menyebutkan bahawa pada hakikkatnya, saya sangat mencintai segala jenis ilmu Islam serta ilmu-ilmu bantu yang dapat memberi kefahaman ilmu-ilmu Islam itu. Oleh itu, saya amat mencintai bahasa Arab kerana bahasa Arab merupakan lidah rasmi Islam. Di samping itu, bahasa Arab adalah syarat memahami al-Quran dan al-Sunnah, ijtihad dan cara pengambilan hukum.

Menurut al-Qaradhawi, bahawa beliau menghadapi dua pendirian terpenting dalam memilih pengkhususan pengjiannya iaitu pertama selepas tamat sijil menengah untuk memilih kuliah yang ingin dimasukinya. Banyak orang menasihati beliau agar menyambung pelajran di Kuliah Darul Ulum di Uniersiti Fuad I (Universiti Kaherah) atau Kuliah Bahasa Arab di Universiti al-Azhar kerana mereka mengetahui kebolehannya dalam bahas Arab dan kesusasteran dan mengubah puisi sejak awal usia. Tetapi beliau secara peribadi memilih Usuluddin kerana saya sangat mencintai ilmu-ilmunya. Ini juga disebabkan beliau pernah belajar pada peringkat rendah dan menengah di al-Azhar dari ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bahasa Arab. Perkara ini sudah memadai untuk belajar sendiri. Sementara kuliah Usuluddin mempunyai subjek tafsir, hadith, akidah, falsafah, akhlak, sejarah Islam yang merupakan subjek asas dalam membentuk akal pemikiran Islam. Oleh itu, beliau memasuki kuliah Usuluddin dan tamat dengan menjadi graduannya.

Pendirian kedua yang beliau ambil ialah selepas penubuhan bahagian pengajian tinggi di kuliah Usuluddin pada tahun 1957. Ia mempunyai dua jabatan iaitu Jabatan Tafsir dan Hadith dan Jabatan Akidah dan Falsafah. Setiap jabatan tersebut mempunyai keistimewaannya tersendiri. Keistimewaan jabatan yang pertama adalah nyata dan keistimewaan jabatan kedua kerana ia merupakan wasilah untuk mengetahui pemikiran dunia, falsafah-falsafah semasa, sejarah pemikiran dan menolak pemikiran yang salah dari perspektif Islam. Ijazahnya mencukupi syarat untuk memasuki kedua-dua jabatan tersebut. Walaupun begitu, markah dalam pelajaran akidah dan falsafah lebih tinggi. Beliau berbelahbagi untuk memilih antara jabatan tersebut sehinggalah beliau berjumpa dengan gurunya Dr. Muhammad Yusuf Musa. Beliau menyarankannya agar memasuki Jabatan Tafsir dan Hadith.

Al-Qaradawi menyebutkan bahawa Dr. Muhammad Yusuf Musa menceritakan mengenai dirinya yang merupakan profesor dalam bidang falsafah tetapi sekarang mengajar di kuliah Syariah. Syariah merupakan asas dan matlamat. Beliau menyebutkan saya mempunyai asas dalam bidang falsafah yang membolehkan saya membaca sendiri.

Oleh itu, kita dapati al-Qaradhawi mempunyai keluasaan ilmu Islam semua bidang hasil pembelajaran di fakulti Usuluddin dan juga melalui pembacan buku-buku.Sebagai seorang ulamak, beliau bukan sahaja pakar dalam sesuatu bidang yang dipelajari tetapi juga dalam ilmu yang berkaitan dengan ilmu-ilmu Islam seperti fiqh dan usul fiqh. Malahan banyak orang menyangka beliau adalah graduan dari kuliah Syariah. Sebenarnya, beliau adalah anak didik dari kuliah Usuluddin. Oleh kerana beliau sentiasa mengambil berat mengenai kebebasan dari taqlid, ijtihad, membuat tarjih antara pendapat-pendapat ulamak dan mengeluarkan fatwa maka orang ramai menyangka beliau adalah graduan kuliah Syariah.

Beliau menyebutkan bahwa sekarang saya membaca segala ilmu-ilmu Islam. tafsir, hadith, fiqh, usul Fiqh, tauhid, sejarah, tasawuf dan akhlak, Ramai orang menyangka –kerana saya lebih tumpu kepada fiqh dan usul Fiqh- saya graduan kuliah Syariah.Sebenarnya, saya anak didik kuliah Usuluddin tetapi perjuangan kebebasan dari taqlid dan asabiyyah menjadikan saya lebih tertumpu kepada kefahaman al-Quran dan al-sunnah, membuat perbandingan antara pendapat-pendapat ulamak dan mazhab dengan merujuk kepada dalil-dalil asli. Di samping itu, saya sentiasa mengeluarkan fatwa-fatwa sejak dahulu lagi secara tulisan dan bertutur.

Al-Qaradawi mengakui bahawa beliau bukan sahaja membaca buku-buku mengenai ilmu-ilmu Islam tetapi juga buku-buku kesusasteraan, sejarah falsafah, pendidikan, sosiologi, ekonomi dan lain-lain dari ilmu kemanusiaan. Beliau mempunyai perpustakaan sendiri yang mengandungi buku-buku rujukan dalam ilmu-ilmu tersebut. Walaupun begitu, beliau sentiasa berhati-hati keika membaca buku-buku tersebut kerana dikhuatiri ada unsur-unsur serangan pemikiran terutama ilmu-ilmu mengenai agama dan aliran-aliran yang bertentangan dengan Islam. Beliau mengakui ilmu-ilmu tersebut merupakan kemestian dalam membentuk seorang tokoh muslim semasa.

Pekerjan rasmi dan anugerah

Al-Qaradhawi pernah menjawat beberapa jawatan. Antara jabatan-jawatan tersebut ialah :-

i. Penyelia Hal Ehwal di Kementerian Wakaf dan Jabatan Kebudayaan Islam al-Azhar.

ii. Pengarah Kolej Agama, Qatar selama 12 tahun sejak tahun 1961

iii. Pengarah bahagian bahagian Pengajian Islam di Fakulti Pendidikan pada tahun 1973

iv. Pengasas dan Dekan Fakulti Syariah dan Pengajian Islam, Universiti Qatar.pada tahun 1977 sehingga tahun 1989/90

v. Pada tahun 1991, menjadi Pengarah Pusat Pengkajian Sunnah dan Sirah, Universiti Qatar. Beliau menjawat jawatan tersebut sehingga sekarang.

vi. Pada tahun 1990/91 menjadi pensyarah pelawat di Algeria.

Al-Qaradhawi juga menjadi ahli beberapa majlis dan yayasan tempatan dan antrabangsa yang memberi tumpuan kepada pemikiran, pengetahuan, hal ehwal Islam dan dakwah. Antaranya ialah :-

1. Majlis Rabitah al-Alam al-Islami, di Mekkah,

2. Majlis Diraja Untuk Pengajian Tamadun Islam di Jordan,

3. Pusat Pengajian Islam di Oxford,

4. Majlis Universiti Islam Antarabangsa Islamabad,

5. Organisasi dakwah Islam di Khortum, Sudan

6. Mjlis Tinggi Pendidikn di Qatar

7. Majlis Pusat Penyelidikn Tamadun di Qatar

8. Ahli Lembaga fikih Islam di Mekah

9. Ahli Liga Kesusasteraan Islam

10. Ahli Gabungan ekonomi Islam di kaherah

11. Ahli Majlis dana Islam di Qatar

12. Ahli Majlis Pengajian Islam Eropah di Perancis

13. Ahli Yayasan Media Islam Antarabangsa di Islambad, Pakistan.

14. Menjawat jawatan Pengarah Lembaga Pengawasan Syariah di beberapa bank Islam. Antaranya ialah Bank al-Taqwa yang berpusat di Swizterland dan Bank Islam Qatar

15. Penasihat dalam majalah muslim Mua’asir, Islamiyyat al-Ma’rifat dan Jurnal Syariah dn Pengajian Islam, Universiti Qatar.

Beliau telah mendapat anugerah antaranya ialah :-

1. Anugerah Ekonomi Islam daripada Islamic Development Bank pada tahun 1411H

2. Anugerh Antarbangsa Raja Faisal dalm bidang pengkajian Islam pada tahun 1413H bersama dengan Sayyid Sabiq.

3. Anugerah Kecermerlangan Sarjana Universiti Islam Antarbangsa Malaysia pada tahun 1996

4. Anugerah Sultan Hasan al-Bulkiah Sultan Brunei dalam bidang Fiqh pada tahun 1997.

5. Anugerah Sultan al-Uwais, Emeriat Arab Bersatu pada thun 1999.

6. Anugerah Antarabangsa Dubai pada tahun 2000

Al-Qaradhawi menceritakan bahawa beliau lebih bergembira menerima hadiah wang semasa kecil yang bernilai satu setengah junaih Mesir (RM 1000) apabila memenangi tilawah menghafal al-Quran.Hadiah tersebut lebih memberi kesan kepada jiwanya daripada menerima wang 50 ribu dollar dari Anugerah Sultan Brunei dan satu perempat juta Dirham dari Anugerah Emiriat kerana wang yang diterima semasa kecil itu telah merubah keperibadian menjadi seorang ulamak pada saat ini. Wang yang diterima dari anugerah-anugerah tersebut disumbangkan untuk dakwah dan peryebaran Islam.

Perjalanan Dunia Menuju Kiamat
Assalamualaikum……,

Bismilah……,

Hari Kiamat atau Yaumul Qiyamah ??????? ???  pasti berlaku dan itu adalah janji Allah seperti dalam firmanNya dalam surah Ali-Imran ayat 9: “Wahai Tuhan kami sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari Kiamat) yang tidak ada syak padanya”.

Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. Nabi Muhammad S.A.W sendiri banyak memberi  peringatan kepada umat-umatnya tentang hari kemusnahan itu.Dan antara tanda-tanda yang disabdakan oleh Baginda adalah:

Dari Hudzaifah bin Asid Al-Ghiffari r.a katanya: “Rasulullah S.A.W melihat kami ketika kami sedang berbincang-bincang seraya bertanya: “Apa yang kalian perbincangkan?” Jawab para sahabat, “kami berbincang-bincang mengenai hari kiamat.” Sabda Beliau, “Kiamat tidak akan terjadi sebelum terlihat sepuluh macam tanda: (1) Ad Dukhan (asap atau kabut), (2) Dajjal (si penipu besar), (3) Dabbah (binatang melata), (5) ‘Isa anak Maryam a.s turun, (6) Ya’juj dan ma’juj, (7) gerhana di timur, (8) gerhana di barat, (9) gerhana di Jazirah ‘Arab, (10) api menyala di Yaman menghalau ummat manusia ke mahsyar (tempat berkumpul)”.- HR Muslim

Untuk memudahkan para pembaca untuk memahami penafsiran hadis-hadis dari Nabi Muhammad S.A.W ini maka saya bahagikan kepada 3 fasa iaitu:

* fasa 1: Tanda-tanda kecil yang sudah berlaku hingga perang dunia ke-3

* fasa 2: Peristiwa umat islam ketika bersama Imam Mahdi dan Isa al Masih

* fasa 3: Tanda-tanda besar hingga tercetusnya Kiamat

FASA 1

Urutan Peristiwa ini dihitung dari seluruh tanda-tanda kecil kiamat hingga terjadinya peperangan besar iaitu Perang Dunia Ke-3 yang merupakan tanda awal kedatanga Imam Mahdi dan pembaiatan beliau oleh seluruh umat islam didunia.

Fasa ini juga sering dikaitkan dengan illuminati dan freemanson.Perkembangan organisasi ini dalam pelaksanaan Pemerintahan Dunia Baru (New World Order) mereka, membuka mata umat islam untuk berwaspada dengan ajaran-ajaran mereka yang boleh memesongkan akidah serta iman.Illuminati adalah satu pertubuhan yang menjalankan misi-misi rahsia yang dianggotai oleh ahli-ahli ilmuan Yahudi Zionis untuk melahirkan manusia dengan fahaman baru iaitu ketidakpercayaan kepada tuhan.

Sekarang ini kita berada pada tahun 2010,dan insyaallah tidak lama lagi kita akan mendengar penyerangan Amerika dan sekutunya terhadap Syria dengan alasan melawan terrorisme antarabangsa.Seterusnya mereka ingin menguasai  Arab Saudi dengan alasan sebagai “bantuan” kepada seorang keluarga kerajaan yang ingin berkuasa di Arab dan memanggil pemimpin baru ini sebagai “As Sufyani”.Amerika juga akan menyerang Iran yang diketahui mempunyai nuklear.Turki yang bekerjasama dengan Amerika akan mengambil alih Iraq.Penaklukan Turki keatas Iraq ini menjadi alasan kepada Rusia untuk memasuki Turki.Pada saat Amerika berada di Iran, maka umat islam di Khurasan tentu akan menentang pencabulan Amerika terhadap Iran itu.Pada masa yang sama, Rusia menyerang Turki dan pengkalan militan Amerika di sana dan serangan Rusia itu untuk memancing dunia untuk terlibat dalam perang dunia ke-3. Rusia,Perancis,Jerman,China,dan Korea akan berada pada blok WARSAWA.Manakala Amerika,Britain,Italy,Sepanyol,Australia,Arab Saudi,Jepun,dan India pula akan berada pada blok NATO.Pada masa ini peperangan bermula dengan perang nuklear dan senjata-senjata canggih pada masa ini.

FASA 2

Setelah peperangan ini tercetus dengan hebatnya maka saat inilah Allah mengutuskan seorang hambanya yang digelar Imam Mahdi yang mengetuai Panji-Panji Hitam.

Rasulullah bersabda:

“Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah SWT akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapakku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setetes pun dari tetesan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun. (HR. Thabrani)

Pada peperangan ini Rusia dan sekutunya akan kalah.Dunia masa itu dipenuhi dengan kehancuran.setelah perang dunia ke-3 maka masuklah musim haji dan Imam Mahdi akan bersama dengan rombongan haji. Beberapa kejadian ajaib dan aneh akan terjadi yang akan diketahui oleh seluruh umat islam diseluruh dunia tentang kehadiran Imam Mahdi ini. Sesudah dibaiat,Imam Mahdi akan memimpin seluruh umat islam untuk menegakkan kalimah Allah selama 7 tahun. Yellowstone Super Volcano akan meledak pada zaman Beliau dan membakar 2/3 benua Amerika dan akan menghancurkan negara Dajjal itu. Tidak ada lagi tempat untuk pengikut-pengikut Al Masih Dajjal kecuali mereka harus keluar dari persembunyian mereka.Dajjal kemudian akan mengelilingi dunia untuk menyebarkan kekafiran.

Setelah turunnya Nabi Isa Al-Masih untuk membunuh dajjal, Imam Mahdi menyerahkan tampok kepimpinan islam  kepada Nabi Isa. Dibawah pemerintahan Nabi Isa Al Masih, seluruh kaum yahudi di Palestin akan dibunuh.Baginda juga akan menyerang Eropah dengan tentera berkuda dan Vatikan Italy akan dihancurkan. Kemudian Nabi Isa akan memerintahkan untuk membunuh orang-orang  kristian (nasrani) dan membunuh semua babi.Tidak ada pilihan bagi orang-orang kafir kecuali masuk islam atau mati.

FASA 3

Setelah kewafatan Imam Mahdi, Nabi Isa akan menunaikan haji dan setelah itu Baginda juga akan wafat. Kemudian para-para alim ulama,ulama mursyid dan mujtahid juga akan diwafatkan oleh Allah S.W.T. Ilmu agama islam akan benar-benar dicabut secara sempurna dan akan hilang dari muka bumi ini.

Rasulullah saw bersabda, “Ketika mereka demikian Allah mengirim angin yang lembut yang menyusup lewat bawah ketiak mereka, maka ia mengambil nyawa setiap mukmin dan muslim. Dan yang tertinggal adalah manusia-manusia buruk, mereka berzina secara terbuka seperti keledai, di atas merekalah Kiamat terjadi.” (HR.Muslim)

Tinggallah yang hidup manusia yang terbahagi kepada 2 golongan iaitu mukmin dan munafik. Orang-orang mukmin akan tetap beribadah kepada Allah sedangkan orang-orang munafik akan kembali menjadi kafir dan akan bertambah kejahilan mereka dengan berzina di merata-rata tempat seperti haiwan, meminum khamar, judi, membunuh dan sebagainya.

“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

Setelah berpuluh-puluh tahun keadaan yang rosak itu menjadi-jadi maka terbitlah matahari dari arah barat, bererti pintu taubat sudah tertutup dan tiada lagi pengampunan dari Allah S.W.T. Kemudian muncul sejenis haiwan yang dapat berbicara yang memberi tanda kepada orang-orang muslim dan kafir. Setelah ia menghilang Allah menurunkan awan (asap) keseluruh pelusuk bumi yang mengakibatkan matinya seluruh manusia mukmin dan muslim. Tinggallah manusia-manusia kafir dibumi yang akan hidup untuk beberapa puluh tahun lamanya. Mereka juga akan menghancurkan Kaabah dan masjid-masjid nabi. Ketika zaman ini banyak terjadi gempa bumi dan yang terakhir gempa bumi di Arab yang kemudian disusuli dengan keluarnya api dari negeri Yaman yang akan menghalau manusia menuju Arafah.Dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil meniup sangkakala dan kehancuran bermula.

Wallahualam……,

Berdasarkan pendapat:

•           Syeikh Nazim Al Haqqani

•           Amin Muhammad Jamaluddin

•           Muhammad Isa Dawud

•           Nostradamus

p/s:- bebanyak terima kasih kepada mr kotak kerana turut membantu menyiapkan post kali ni.

pilihanraya kecil dun galas dan dun batu sapi
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh…….,

Bismilah……,

Al fatihah kepada adun galas Che Hashim Sulaiman, 46, yang meninggal dunia pada akhir bulan lepas kerana kanser usus,dengan pemegian YB bekenaan maka kerusi dun galas telah kosong dan pemiliharan raya akan belansung untuk menentukan siapa yang bakal menduduki kerusi dun galas dan begelar YB galas.Juga kematian  adun batu sapi iaitu Datuk Ir Edmund Chong Ket Wah pada awal bulan ini telah  mengosongkan satu lagi kerusi  dun di sabah.kedua tempat yang bebeza pengangan politik.di kelantan pengangan politik adalah pada parti pembangkang manakala di sabah lebih cenderung pada pemerintahan parti kerajaan iaitu BN.

Analisis politik yang cuba saya sampaikan ini hanya pada pandangan saya yang kudus.dengan 2 kerusi yang akan berentap oleh 3 parti besar iaitu UMNO,PAS,dan PKR.parti yang di pihak pembangkang iaitu pas akan cuba mengekalkan kerusi di dun galas,manakala pihak kerajaan pusat umno cuba untuk merampas balik kerusi yang penah mereka duduki sebelum ini dengan kemanangan mejoriti yang besar tedahulu sebelum di duduki oleh parti pembangkan pada pemiliharaya umum dengan mejoriti hanya dengan majoriti 646 undi juga menjadi medan penebusan kekalahan umno di manik urai.Manakala di dun batu sapi lain pula kisahnya PKR dari parti pembangkang cuba untuk menduduki dun tersebut yang sememangnya adalah tempat yang sukar untuk di rampas dari tanggan BN yang memiliki kelebihan di keseluruhan kawasan sabah selepas pecalonan PKR yang terdahulu di tolok oleh SPR kerana telewat mengatar pecalonan. Kerusi Batu Sapi terletak di bahagian timur Sabah dengan pengundinya sekitar 26,000 orang. Ia diapit oleh kerusi Parlimen Libaran dan Sandakan.Kerusi Batu Sapi dimenangi tanpa dicabar oleh Chong pada 2004 dan berjaya dipertahankan dua tahun lalu dengan menewaskan calon Bebas Chung Kwong Win menerusi kelebihan 3,708 undi.PKR berkemungkinan untuk menang di batu sapi jika meletakkan calon yang muda dan berpontensi untuk menjalankan kewajipan sebagai YB di dun tersebut tapi jika tersalah pilih calon PKR hanya dapat gigit jari kerana peratusan besar boleh di katakan 70peratus kemenangan berpihak kepada parti BN dan hanya 30peratus kemungkinan PKR akan menang di dun batu sapi.

di Galas mempunyai 11,553 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 11,426 pemilih biasa dan 127 pemilih pos daripada jumlah itu, 7,125 orang (61.63 peratus) terdiri daripada kaum Melayu, Cina (2,317), India (185), Bumiputera Sarawak (10), Orang Asli (1,889) dan lain-lain (27).Pemilihanraya kecik dun galas yang telah di istiharkan oleh SPR yang akan belansung pada 4november tahun ini akan dijalankan sebaik mungkin oleh mereka di 11 buah sekolah, sebuah balai rawatan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan sebuah dewan akan digunakan sebagai pusat mengundi yang kesemuanya mengandungi 25 saluran tempat mengundi.piliharaya galas yang boleh di katakana stabil pada majority pemilih untuk mengundi siapa yang bakal memimpin mereka di galas dalam urusan petabiran.mengikut factor yang mengambil kira kekuasaan BN di galas kemungkinan galas akan kembali ke tangan BN tapi jika di ambil kira dari sudut wilayah PAS mempunyai pengaruh kuat di kelantan juga telah membuktikan yang mereka mampu untuk merampas kerusi dun itu pada pemilihanraya umum yang lepas.peratusan yang mungkin pada kedua-dua pihak di galas berkemungkinan 55peratus milik BN dan 45 peratus lagi untuk pas.ini juga mengambil kira factor calon BN di galas yang berkemungkinan adalah tengku razaleigh yang di katakan legenda parti umno.

Pemiliharaya kedua-dua dun galas dan batu sapi tidak mungkin belaku pada hari yang sama mengikut pandangan yang di keluarkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di sebabkan sesuatu hal yang menrumitkan kerja SPR.apa2 pun rakyat di kedua-dua dun tersebut Cuma mengharapkan parti yang menang pada piliharaya kecil ini akan memberi sepenuh tenaga untuk membangunkan dan memartabatkan bangsa,agama dalam kehidupan yang penuh dengan cubaan ini.akhir kata dari saya semoga kejayaan bakal di porelehi oleh parti yang betanding.

golongan jin dan syaitan
Assalamulaikum warahmatullahiwabarokatuh……,

Bismilah…..

Islam mengajar kita untuk pecaya kepada pekara ghaib temasuklah jin dan syaitan.apa yang anda tahu mengenai jin dan syaitan??syaitan yang di ciptakan oleh allah dari api yang asalinya adalah ketua kepada keseluruhan malaikat.disebabkan dia takabur dan telalu bongkak kerana tidak mahu tunduk hormat kepada nabi adam a.s maka allah janjikan neraka untuknya.tetapi syaitan masih degil dan bejanji akan menyesatkan umat manusia sepanjang zaman dengan memohon kepada allah untuk tangguhkan usianya.dari nabi adam a.s sampailah ke umat akhir zaman yang di bimbing oleh pesuruh besar allah nabi Muhammad s.a.w,syaitan tidak penah serik dengan tipu dayanya,dengan bemacam2 cara.barang siapa yang tidak kuat imannya maka dia akan tejebak besama syaitan di dalam neraka yang panas mebakar manusia yang mengikut telunjuk syaitan.

Walahan golongan jin yang di ciptakan oleh allah dari angin api tergolong dalam 2 golongan iaitu yang kafir dan yang islam.seperti firman allah.. dalam Al-Quran surah Al An’aam:112 dan An Naas:1-6

112. dan Demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya Yang lain kata-kata dusta Yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa Yang mereka ada-adakan (dari perbuatan Yang kufur dan dusta) itu.

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.

2. “Yang Menguasai sekalian manusia,

3. “Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalian manusia,

4. “Dari kejahatan pembisik penghasut Yang timbul tenggelam, (Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi)

5. “Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, -

6. “(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.

Golongan jin yang islam tidak banyak yang kita dengar ada juga di sebut orang bunian adalah salah 1 golongan jin yang islam tetapi golongan jin yang kafir mungkin menjadi bualan di antara kita manusia.golongan jin yang kafir tidak ubah seperti syaitan.mereka yang di ketuai oleh iblis menjadi pengikut setia syaitan untuk menyesatkan golongan munusia.jin yang terkenal dengan kejahatannya adalah eperti iblis.Ifrit, dan Qarin.manusia yang mengikut telunjuk syaitan juga tak ubah macam para jin yang kafir juga terdiri dalam golongan syaitan.

Jin banyak mengunakan cara berbentuk seperti hantu dengan alasan dapat menyesatkan umat manusia dengan tipu helahnya.dalam masyarakat melayu hantu bukan lagi benda asing dalam kehidupan seharian.dengan adenya pocong,putianak,dan sebagainya.hantu yang belatar belakankan jin juga di dalangi oleh syaitan laknatullah mengunakan kesemua kuasa yang allah berikan padanya untuk menyesatkan manusia seperti terbang di udara,boleh ghaib dan sebagainya mereka jadikan kuasa yang allah berika pada mereka untuk menarik umat manusia supaya taksub kepadanya.ada manusia yang telalu bodoh dan tidak paham dengan hukum agama yang islam bawa mula tesesat nak mengikut telunjuk para syaitan yang jahanam.manusia yang bijak akan cuba menepis seruan syaitan dengan iman yang teguh dan akhlak mulia yang di warisi kepada kita semua oleh junjungan besar kita Muhammad s.a.w.

Nabi SAW bersabda: “sesungguhnya syaitan (dari golongan jin) itu berjalan dalam diri manusia mengikuti perjalanan darah, maka dari itu aku khuatir bahawa syaitan akan melemparkan sesuatu kejahatan dalam hati kamu. (HR. Bukahri Muslim”).

Syaitan jin termasuk makhluk ghaib yang dapat menyelinap ke segala tempat dalam keadaan bagaimanapun. Dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia mengikuti aliran darah sehingga ia dapat berleluasa menggoda dan menyebarkan kerosakan kepada manusia sebagaimana isyarat hadis di atas.

Biasanya kita manusia boleh melihat jin dalam bentuk hantu secara rezeki yang dalam keadaan kita di uji oleh allah untuk melihat sekuat mana iman hambanya.tiada sihir yang akan terjadi tanpa kehendak dari yang maha esa.jadi dugaan yang jin berikan pada umat manusia juga dari kehendak yang maha esa dengan alasan yang tersendiri untuk menguatkan iman seseorang itu.ada juga di antara manusia yang memiliki anugerah dari allah yang dapat melihat jin secara terus,kebolehan yang serupa ini amatlah besar kepada seseorang itu.moga dia tidak akan menyalahgunakan kebolehan yang allah berikan dan ia jadikan kebolehan itu untuk membawa umat manuisa terus ke pintu syurga yang allah sediakan untuk hambanya yang beriman.jadi walaupun kita dapat melihat kuasa jin dan syaitan janganlah kita berkawan dengan mereka kena sungguh senang tejebak ke lembah neraka dengan bekawan dengan para jin dan syaitan yang di laknat.Dorongan kejahatan dalam diri kita boleh datang dari nafsu dan juga dari dorongan syaitan atau iblis. Sebenarnya adalah mudah untuk mengenali hasil tugasan mereka melalui tusukan ke hati ini. Namun yang lebih penting selepas ini adalah untuk mengenalpasti syaitan di kalangan manusia yang terus bertugas untuk menjerumuskan manusia ke neraka. Seorang manusia sukar menjadi jahat apabila terdedah kepada syaitan jin dan iblis semata-mata tetapi seseorang manusia amat mudah terjerumus kepada kejahatan hasil dari pengaruh syaitan yang menjadikan sahabatnya.

Allahualam……,

RESDUNG
sekadar gambar hiasan

Assalamulaikum warohmatullahiwabarokatuh……,

bismilah……,

Resdung Tiada Kaitan ‘Ulat’

Dalam satu bilik kecil, seorang pengamal perubatan tradisional mengasapkan wajah seorang pesakit kononnya bagi mengubati pesakit resdung.

“Sekejap lagi kamu akan lihat ulat kecil keluar daripada muka kamu dan itulah ulat yang menyebabkan kamu menghadapi resdung,” demikian kata bomoh berkenaan bagi meyakinkan pesakit.

Bagaimanapun, beberapa ketika kemudian, kenyataan bomoh berkenaan benar-benar terjadi. Dari muka pesakit, kelihatan timbul ulat kecil menyerupai hampas kelapa yang dikatakan punca penyakit resdung.

Resdung mungkin menjadi antara penyakit yang popular di negara ini lantaran kaedah rawatannya tidak saja tertumpu di hospital atau pusat perubatan tetapi turut memenuhi kaki lima dan pasar.

Ramai mendakwa mampu mengubati penyakit itu malah menggunakan pelbagai kaedah rawatan yang menghasilkan pelbagai `punca’ penyakit itu daripada lendir sehinggalah ulat seumpama hampas kelapa yang keluar daripada pipi pesakit. Tidak ketinggalan juga laporan mengatakan bahawa kaedah digunakan hanyalah penipuan.

Mendengar penerangan Perunding Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak Pusat Perubatan Darul Ehsan (Demc), Dr Abd Razak Rahman Hamzah, mungkin menyebabkan pesakit lebih berhati-hati dan memikirkan kembali kesahihan kaedah rawatan yang digunakan. Tiada kaitan antara ulat yang terhasil di bahagian muka dengan penyakit resdung atau disebut `sinusitis’ dalam istilah perubatan malah penyakit itu juga tidak memberi kesan terhadap kulit seperti berlakunya jerawat.

Sinusitis

Beliau berkata, ini disebabkan sinusitis adalah masalah kesihatan yang berlaku pada rongga sinus yang terletak di tengkorak manakala jerawat adalah masalah kesihatan membabitkan kulit.

Sinus adalah rongga yang dipenuhi udara atau kaviti yang terletak di antara tulang muka yang mengelilingi hidung. Ia dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Frontal, Sphenoidal, Ethmoid dan Maxillary.

Apabila membran mukos mendapat jangkitan daripada bakteria, virus atau kulat, ia menjadi bengkak seterusnya menghalang pengaliran mukos atau lendir daripada sinus ke dalam hidung dan tekak yang akhirnya mengakibatkan tekanan dan keradangan dalam rongga sinus.

Apabila seseorang mengalami alahan, lapisan yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak dan menyebabkan pergerakan udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal.

Rongga sinus yang tersumbat berisiko mendatangkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Jika jangkitan dibiarkanerlarutan, nanah boleh merebak ke mata sehingga mengakibatkan buta selain merebak ke otak.

Sehubungan itu, seseorang yang menghidapi selesema tetapi tidak sembuh selepas seminggu, mereka mungkin menghidap sinusitis dan perlu mendapatkan rawatan segera.

Rawatan awal iaitu kurang empat minggu, mungkin boleh diubati menggunakan ubat dan antibiotik tetapi jika kronik atau berlarutan melebihi lapan minggu, ia memerlukan pembedahan.

Mengesan Resdung

Untuk mengesan penyakit resdung, kaedah endoskopi digunakan iaitu tiub kecil dan sumber cahaya dimasukkan ke dalam lubang hidung sehingga ke rongga sinus. Ia membolehkan pemeriksaan lebih teliti dijalankan bagi mengetahui apa sebenarnya di dalam rongga sehingga membawa kepada gejala penyakit itu.

Jika mukos di dalam ruang sinus sudah menjadi pekat, tiub akan dimasukkan untuk mencuci dan menyedutnya keluar. Pada peringkat yang lebih serius, pembedahan kecil terpaksa dilakukan bagi memperbetulkan semula tulang yang bengkok serta membuang ketumbuhan.

80 peratus daripada penghidap asma berpotensi menghidap sinusitis dan bagi penghidap penyakit itu, walaupun sudah pulih sama ada menerusi pengambilan antibiotik atau pembedahan, mereka masih berisiko untuk mendapat kembali jangkitan pada masa akan datang, bergantung kepada tahap imunisasi badan masing-masing.

Sinusitis tidak berjangkit kepada orang lain melalui bersin serta tidak diwarisi daripada ayah atau ibu kepada anak. Bagaimanapun, masalah alahan atau asma boleh diwarisi secara genetik dan membawa kepada resdung apabila ia tidak dirawat dengan betul.

Fakta

Simptom sinusitis

Rasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas      gigi yang biasanya disebabkan jangkitan pada Maxillary sinus.

Sakit di bahagian dahi, di atas kening yang      berkemungkinan disebabkan jangkitan dan keradangan di bahagian frontal      sinus.

Sakit di bahagian belakang mata, di atas      kepala yang disebabkan jangkitan pada bahagian Sphenoid sinus.

Sakit di sekitar atau belakang mata disebabkan      jangkitan pada bahagian Ethmoid sinus.

Rasa sakit dan tekanan pada bahagian muka      diikuti dengan keadaan hidung yang sentiasa berair adalah simptom paling      utama bagi penyakit sinusitis.

Pening kepala.

Hidung tersumbat.

Banyak lendir dalam hidung dan tekak yang      berwarna kuning pekat atau kehijauan.

Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.

Demam atau rasa tidak sedap badan.

Berlaku gejala alahan hidung seperti bersin,      gatal hidung dan sebagainya.

Kurang deria rasa atau bau.

SIHIR DALAM MASYARAKAT MELAYU
Assalamulaikum warahmatullahiwabarokatuh……..

bismilah…….

Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.

Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-

Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,

Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,

Polong : Bagi menghisap darah mangsa

Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.

Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.

JENIS-JENIS SIHIR

PATUNG

Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

SANTAU

Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir

TELUR LAYANG

Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

TANGKAL dan AZIMAT

Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za’faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG

Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-

1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6

2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257

3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

SAKA ( KETURUNAN )

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.

Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.

Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.

Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.

1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )

2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )

3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )

Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur’an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah…… Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah….

Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagin tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya…..

ILMU KEBATINAN dengan MENUNTUT ( 1 )

Menuntut bererti mempelajari ilmu secara khusus dan sedar yang dilakukan dengan tunjuk ajar guru. Kaedah untuk membela hantu raya ialah untuk dijadikan “khadam”, dengan menyediakan sebiji telur ayam mentah yang ditebuk dengan jarum berserta dengan setitik darah orang yang berkenaan. Darah diambil dari jari kelingking tangan kiri, dititikkan berhampiran lubang. Bahan lain ialah sekepal pulut kuning, sebatang rokok daun dan sekepal nasi. Tempat yang dipilih untuk memanggil hantu ialah di mana-mana busut jantan, jauh daripada manusia yang dilakukan di tengah malam.

Ungkapan kata menyeru makhluk ini berbunyi :-

Hei si hantu raya

Jembalang angin

Aku tahu asalmu

Engkau dari bulu hidung Nabi Adam

Makanan engkau telur ayam

Mari engkau

Mari makan benda-benda ini.

Hei si hantu raya

Mari kau bersahabat

Mari menjaga diriku

Engkau taat perintahku

Ikut segala perintahku.

Hei si hantu raya

Menyerupa engkau serupa aku

Menyerupa engkau dalam diriku

Jangan engkau langgar perintahku

Jikalau engkau engkar

Aku panah engkau

Dengan panah berpanah

Panah sakti

Panah rajuma

Amalan ini dilakukan selama tiga malam berturut-turut. Malam terakhir adalah malam penentu, samada hasrat seseorang itu berjaya atau tidak. Makhluk ini kadang-kadang datang menjelma balam-balam sebentar di atas bahan jamuan yang diletakkan di hadapannya. Ketika itulah orang yang berkenaan memberitahu maksud ia memanggil makhluk tadi, juga berjanji akan memberi makan, samada sekali dalam sebulan, sekali seminggu dan sebagainya, sekiranya makhluk tadi mahu “berkhidmat” untuknya.

Orang yang berkenaan mula-mula akan merasa sejuk pada ibu jari kakinya, ataupun ibu jari tangannya, lalu akhirnya rasa tadi meresap ke seluruh tubuh. Ini bererti bahawa makhluk tersebut telah masuk ke dalam tubuh orang yang berkenaaan, samada melalui ibu jari kaki ataupun ibu jari kanan. Ia akan pulih sepeti sedia-kala apabila makhluk itu keluar dari tubuh. Dengan ini maka terjalinlah hubungan antara orang yang berkenaan dengan hantu raya tadi, lalu ia menyuruh makhluk itu mengikutinya balik ke rumah.

PERINGATAN !!! Pemujaan di atas ini hanya untuk dijadikan sempadan, tidak harus dipraktikkan !!!….. subhanallah.

ILMU KEBATINAN dengan MENUNTUT ( 2 )

Di antara tujuan seseorang itu membela hantu raya ialah untuk menjaga diri, keluarga, dan harta benda, termasuk binatang ternakan dan hasil tanaman daripada diganggu atau dicuri. Dengan penglibatan makhluk ini juga, seseorang itu dikatakan boleh menjadi kebal.

Hantu raya akan menurut perintah tuannya dengan syarat ia dijamu terlebih dahulu, sebelum melakukan sesuatu perintah. Di antara jamuan yang perlu disajikan ialah pulut kuning, sekapur sirih pinang, telur ayam, bertih nasi dan rokok daun.Terdapat ungkapan kata tertentu dalam upacara pemanggilan itu, dan jika disertakan dengan pembarakan kemenyan, hantu raya akan lebih cepat datang dan segera mengerjakan apa yang disuruh.

Untuk membinasakan seseorang, samada musuh ataupun orang yang tidak dikenali, ungkapan-ungkapan yang dituturkan

Amalan di atas, dilakukan dengan sengaja bertujuan untuk membela hantu raya, yang dilakukan dengan kaedah tertentu menurut apa yang diajar oleh guru. Rangkaian kata yang dituturkan ketika memanggil hantu raya inilah yang disebut sebagai “panggilan” atau “pemujaan”. Hantu raya yang difahami oleh masyarakat Melayu adalah termasuk dalam golongan jin kafir, samada iblis atau syaitan. Dengan ini bererti bahawa amalan yang dilakukan oleh orang yang berkenaan adalah amalan memuja atau memanggil syaitan. Nama “HANTU RAYA” adalah diantara nama hantu yang biasa difahami oleh orang Melayu yang dikaitkan dengan hantu belaan. Nama ini tidak wujud dalam Al-Qur’an.

Terdapat kata-kata dusta dalam ungkapan tersebut, yang menyebut asal usul hantu raya, iaitu daripada “Bulu Hidung Nabi Adam”. Berumpankan telur ayam yang ditebuk menggunakan jarum dan diletakkan darah orang yang berkenaan, makhluk ini dipuja untuk menjadi sahabatnya. Persahabatan seperti ini adalah seburuk-buruk persahabatan seperti yang tersebut dalam al-Qur’an ( An-Nisa ayat 38 )

Barang siapa syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah seburuk-buruk teman.

PERINGATAN !!! Pemujaan di atas ini hanya untuk dijadikan sempadan, tidak harus dipraktikkan !!!….. subhanallah.

Cara-cara untuk menjadi Tukang atau Ahli Sihir

Untuk menjadi Tukang atau Ahli Sihir atau lebih dikenali sebagai Tok Bomoh oleh Masyarakat Melayu, adalah melalui berbagai cara dan jalannya. Iaitu :-

Melalui warisan, iaitu turun-temurun dari nenek moyangnya atau saka-baka, di mana ilmu ini telah dipelajari oleh datuk-nenek atau keturunannya terlebih dahulu atau pernah atau telah menjadi Ahli Sihir ( Tok Bomoh ). Lalu setelah mereka meninggal dunia, dengan secara tidak langsung ilmu itu akan mengalir terus ke dalam badan anak-cucu mereka pula.

Mereka telah didatangi oleh Jin-Jin yang menyerupai rupa datuk-neneknya dalam mimpi dan memberitahunya supaya membaca ayat-ayat, jampi-jampi atau mentera-mentera tertentu. Kemudian diamalkannya ayat-ayat itu lalu datanglah Jin-Jin sebagai Khadamnya untuk memberi pertolongan.

Melalui bacaan :- Wirid, ayat-ayat, jampi-serapah atau doa-doa tertentu yang diamalkannya.

Melalui amalan-amalan dari seni mempertahakan diri iaitu Pencak Silat ataupun Kuda Kepang yang dipelajari atau ditunututnya.

Melalui pertapaan – tidak kiralah di dalam hutan, gunung-ganang, gua, perigi buta, kubur dan sebagainya sehingga dikunjungi Jin-Jin yang berhasrat bagi menghasilkan hajatnya.

Meniru tanpa berguru – samada dari Tok Guru atau Ahli Sihir lalu atau melihat cara orang lain membuat perubatan lalu mencubanya.

Melalui Berguru yang memelihara Jin-Jin, lalu diajarkan dan diamalkannya melalui kitab-kitab tertentu atau secara bersendirian.

Peralatan Pemujaan oleh Tukang atau Ahli Sihir

Peralatan yang sering digunakan untuk pemujaan Jin dikalangan Masyarakat Melayu ialah seperti brikut :-

Pemujaan Kubur

Adalah sebahagian dari amalan yang diamalkan oleh Ahli Sihir. Mereka percaya penghuni kubur itu boleh membantunya untuk menghasilkan hajat yang diperlukannya. Terutama sekali penghuni kubur itu sendiri adalah seorang Ahli Sihir. Diharapkan dapat diberikan pertolongan atau kekuasaan dan ilmu kebatinan.

Sambil itu semasa pemujaan, ada jamuan yang disediakan seperti ayam panggang, pulut kunyit, bertih, pisang emas dan sebagainya, yang dikatakan mereka untuk menjamu Jin tetapi pada hakikatnya mereka telah tertipu dengan permainan Jin yang ingin menyesatkan mereka.

Keris, Lembing dan Limau

Memang telah dikaitkan dalam Masyarakat Melayu sebagai senjata seni mempertahanan diri, kekuatan, kemegahan dan lambang kemashuran. Pada Ahli Sihir keris tersebut harus dimandikan dengan limau dan diasapkan dengan kemenyan serta dibalut dengan kain kuning atau hitam.

Pemujaan keris ini selalunya dibuat pada malam jumaat dituruti dengan mantera dan jampi tertentu. Pada Ahli Sihir pemujaan itu dapat memberikan kekuatan keris tersebut, supaya penjaga keris itu tidak mengganggu mereka malah dapat membantu mereka.

Ancak

Diperbuat daripada buluh yang agak sama dengan sangkak. Ada juga Ancak yang diperbuat dari pada daun pisang yang diisi dengan pulut kuning bertih, ketupat dan sebagainya. Ancak juga digunakan untuk jamuan Jin keturunan atau Jin penjaga kampong. Yang dikatakan dapat menjaga kampong dan anak-anak kampong.

Sanggu

Atau sampan selalunya diperbuat daripada upih pinang atau seludang kelapa. Upih atau seludang yang digunakan mestilah yang jatuh dari pokok dalam keadaan tercacak pada pangkal pokok yang mesti di ambil pada waktu senja. Waktu membuat sanggu pula mestilah pada waktu tengah malam, mengadap ke arah matahari naik dan hendaklah di asap dengan kemian dan di baca mentera atau jampi tertentu.

Tujuan pemujaan Jin ini adalah untuk memuja Jin keturunan atau saka. Perkakas dan alat untuk jamuan Jin yang di isi di dalam sanggu ini ialah, antaranya pulut kuning, ayam panggang, bertih, beras kunyit dan sireh pinang. Di tengah-tengah sanggu itu dipacakkan layar, lilin di letakkan di hujung dan di belakang sanggu. Kemudian sanggu tersebut di layarkan sebagai jamuan bagi Jin-Jin keturunannya.

Sangkak

Diperbuat daripada buluh dengan mengikut syarat-syarat tertentu. Di atasnya diletakkan seekor ayam panggang yang telah mengikut syarat-syarat tertentu ataupun pulut kuning dan bertih sebagai jamuan Jin yang dihajatinya, samada Jin keturunannya atau Jin penjaga kampung supaya jangan menggangu keluarga atau kampong mereka. Kemian dibakar sebagai bauan wangi yang sangat di sukai oleh Jin yang juga menjadi syarat utama untuk memanggil Jin tersebut.

Ada dua cara menguna dan meletakkan sangkak ini. Jika sangkak tersebut di buat untuk keselamatan keluarga maka ianya dibuat dan diletakkan di dalam rumah dengan di ikuti oleh majlis tahlil dan sebagainya. Jika sangkak tersebut di buat untuk menjaga kampung pula maka ianya di letakkan di tepi hutan atau di pinggir kampung dengan bacaan mentera dan jampi serapah tertentu dan kadang-kadang di sembelih pula seekor kambing atau kerbau.

Pemujaan Tanduk Kerbau

Sering dijadikan bahan pemujaan yang mempercayai akan kuasa yang ada padanya. Selalunya digunakan dalam majlis-majlis tertentu seperti pertabalan pangkat atau meraikan sesuatu majlis. Pemujaan tanduk kerbau ini digunakan sebagai alat pemujaan untuk menyeru Jin dan sebagai makanan atau jamuan kepada Jin. Tujuannya supaya Jin itu tidak menggangu kampung atau anak cucu mereka.

Biasanya tanduk tersebut diletakkan di tempat yang tertentu yang di atasnya di nyalakan lilin. Kain warna kuning atau merah di mahkotakan di bahagian kepala, sementara di sekelilingnya dihidangkan dengan kuih muih, pulut kuning, bubur merah dan lain-lain lagi. Ahli Sihir akan memulakan upacara dengan membaca mentera atau jampi serapah untuk memanggil Jin berkenaan. Jika Jin itu datang, ia akan memasuki tubuh ahli sihir dan akan mengatakan sesuatu sesuatu atau memberi nasihat atau amaran kepada mereka.

Kesimpulannya pemujaan-pemujaan seperti berikut adalah amat bertentangan dengan agama Islam. Ia adalah semata-mata perbuatan Khurafat yang mesti kita jauhi untuk kebahagian hidup kita di dunia dan akhirat. Keselamatan, kesihatan dan rezeki semua telah di tentukan oleh Allah s.w.t dan bukannya bersebab dari upacara pemujaan tersebut. Hanya orang-orang yang sesat sahaja yang masih percaya kepada kuasa-kuasa pemujaan dan perkara-perkara Khurafat tersebut lah yang memberi sebab kepada keselamatan, kesihatan dan keselamatan mereka.

PERINGATAN !!! Pemujaan di atas ini hanya untuk dijadikan sempadan, tidak harus dipraktikkan !!!….. subhanallah.