Featured Posts

Salahuddin Al-Ayyubi Petikan dari Abul Hassan ali Nadwai, Saviors of Islamic Spirit Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurd biasa (Poole, 1914). Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains...

Read more

MUS’AB BIN UMAIR:Pemuda Dakwah Berikut kisah Mus'ab bin Umair: Mus’ab bin Umair adalah sahabat Rasulullah S.A.W. yang sangat berjasa dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebelum memeluk Islam, dia berperawakan...

Read more

Khalifah Umar Abdul Aziz Baru satu abad telah berlalu, namun keadaan umat Islam jauh sekali berbeza berbanding dengan zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya dahulu. Bibit-bibit jahiliyah yang dihapuskan Rasulullah s.a.w....

Read more

MISTERI TERBELAHNYA BULAN Allah berfirman: "Sungguh telah dekat hari qiamat, dan bulan pun telah terbelah (Q.S. Al-Qamar: 1)" Dalam temu wicara di televisi bersama pakar Geologi Muslim, Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar, salah...

Read more

yusuf al-qardhawi Sejarah Hidup dan Pemikiran 1.         Hubungan dengan Muhammad al-Ghazali 2.         Rakan-rakannya. 3.         Ilmu-ilmu yang diminatinya. 4.         Pekerjan...

Read more

  • Prev
  • Next

rusa bertaring

Category : Misteri

Rusa kesturi
Rusa kesturi ialah sejenis haiwan artiodaktil dalam genus Moschus, satu-satunya genus dalam famili Moschidae. Rusa kesturi lebih primitif berbanding Cervidae (rusa sebenar) kerana tiada tanduk atau kelenjar muka, cuma sepasang puting, ada pundi hempedu, pundi kauda, sepasang gigi seakan-akan gading dan pundi kesturi yang membawa kepentingan ekonomi kepada manusia. Rusa ini tinggal dalam habitat belukar alpine berhutan dalam pergunungan Asia selatan, terutamanya banjaran Himalaya.
Sifat
Rusa kesturi menyerupai rusa kecil yang bersusuk badan pendek dan gempal, serta kaki belakang yang lebih panjang berbanding kaki hadapannya. Rusa kesturi berukuran 80-100 cm panjang, 50-70 cm tinggi hingga paras bahu, dan 7–17 kg berat. Kaki rusa kesturi sesuai untuk memanjat rupa bumi yang kasar. Rusa kesturi tidak bertanduk, namun yang jantan ada gigi taring atas yang bersar umpama taring lengkung. Formula pergigiannya seiras dengan rusa sebenar, iaitu: Upper: 0.1.3.3 / Lower: 3.1.3.3
Kelenjar kesturi hanya terdapat pada rusa kesutri jantan dewasa, iaitu dalam pundi yang terletak di antara alat kelamin dan pusatnya, barangkalinya dirembeskan untuk menarik pasangan betina.
Rusa kesturi ialah haiwan maun yang tinggal dalam persekitaran hutan berbukit-bukau yang agak berjauhan dari penempatan manusia. Seperti rusa sebenar, rusa kesturi biasanya memakan daun, bunga dan rumput, dan juga sedikit lumut dan liken. Rusa kesturi ialah haiwan bersendirian yang meninggalkan bau dengan kelenjar kaudanya untuk menandakan wilayahnya. Rusa kesturi yang segan-silu ini berjaga pada waktu malam atau senja.
Pada musim mengawan, rusa kesturi jantan meninggalkan wilayahnya untuk merebut pasangan dengan gadingnya sebagai senjata. Rusa kesturi betina melahirkan seekor anak selepas bunting 150-180 hari. Anak rusa kesturi yang baru lahir amat kecil dan tidak boleh bergerak-gerak untuk bulan pertama hidupnya, itupun senang untuk menyorokkan diri dari pemangsa.
MORFOLOGI
1. TINGGI BADAN 60 – 70 Cm
2. PANJANG BADAN 105 – 115 Cm
3. BERAT BADAN ± 50 Kg
4. PANJANG EKOR BERKISAR 20 Cm BERWARNA COKLAT DAN KEPUTIHAN DILIPATAN BAGIAN DALAMNYA
5. CIRI ISTEMEWA LAINNYANYA ADALAH ADANYA GIGI TARING PADA RAHANG BAWAHNYA
6. BULUNYA BERWARNA COKLAT PENDEK, KECUALI PADA BAGIAN LEHER.
7. SEKITAR MATA BERWARNA PUTIH TERANG
8. DI SEKITAR MULUT BERWARNA SEDIKIT TERANG DIBANDING MUKA YANG DIPISAHKAN OLEH GARIS KEHITAMAN
9. BAHU DEPAN LEBIH RENDAH DARI PADA BAGIAN BELAKANG SEHINGGA TERKESAN MERUNDUK SEPERTI KIJANG
10. PADA ANAK RUSA SERING TERDAPAT TOTOL-TOTOL YANGA ADA DALAM WAKTU SINGKAT DAN SETELAH ITU MENGHILANG

inai

Category : Agama, Fakta, Misteri

pokok inai
Assalamulaikum warahmatullahi wabarokatuh……
bismilah….
pengenalan
inai ialah sejenis tumbuhan renek yang mempunyai bunga berwarna pucat.Tumbuhan ini boleh membiak melalui keratan batang dan biji benih.Daunnya yang telah matang berwarna hijau gelap dengan bintik-bintik kehitaman.Dikatakan bintik ini menentukan kemerahan warna inai bila digunakan untuk mewarna kuku, semakin hitam daun inai itu, semakin merah warna yang dikeluarkan. Tumbuhan ini sukakan kelembapan yang agak tinggi dan mengaliran yang baik, namun ia adalah tumbuhan yang agak lasak dan boleh bertahan dalam keadaan kering yang tidak terlalu lama.Pokok inai membawa pelbagai nostalgia terutamanya untuk kita yang membesar di kampung.Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis adalah sejenis pokok yang mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi terutamanya bahagian daunnya. Pokok inai yang mempunyai banyak ranting ini mendapat namanya daripada perkataan Arab ‘Hina’ yang bermaksud ubat.
Ahli sejarah mendakwa bahawa orang orang Mongol telah membawa inai ke India pada kurun ke-12 sementara pihak lain mendakwa inai berasal dari India. Ahli arkeologi pula mengatakan mereka menemui bukti bahawa inai telah digunakan oleh orang Mesir dalam proses menghasilkan mumia apabila mereka mendapati kuku jari dan kaki mumia yang mereka temui disapu dengan sejenis pewarna merah yang dipercayai adalah inai.
Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang sememangnya terdapat dalam asid henotanik akan bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut. Minyak daripada biji inai mengandungi behenik, arasidik, sterik, palmitik, asid oleik dan linoleik.
sekadar gambar hiasan

khasiat
Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutamanya pada daunnya. Selama berkurun kurun lamanya inai telah digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk di sapukan pada bahagian luka,benanah,bengkak,kudis,atau tercedera.Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit. Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.
Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang. Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.
Bagi orang orang India, air daun inai baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan. Mereka juga percaya berkumur dengan air daun inai boleh menolong menyembuhkan sakit tekak.
Orang India juga menggunakan daun inai dengan menyapunya pada kulit untuk mengubati penyakit kulit, bisul dan melepuh. Mereka juga menggunakan daun daunnya untuk menyembuhkan sakit kepala dan rasa panas di kaki.
Penyakit penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal.
Bagi kulit pokok inai, ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis dan hati yang membengkak. Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit. Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepada. Sementara itu, akar akar dan palpa digunakan untuk merawat bisul.
Di samping penggunaan untuk tujuan perubatan, daun inai juga seperti yang kita ketahui digunakan untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki. Bila dicampurkan dengan pewarna asli yang lain, pewarna inai juga boleh digunakan untuk mewarnakan rambut dan bahan tekstil.
sekadar gambar hiasan
mistik
pokok inai di percayai berpenungu dan di puja oleh orang melayu dahulu.pokok inai di katakan mempunyai hikmah kerana dapat mengubati banyak peyakit ia juga di angap satu bahan penting dalam upacara pemujaan.banyak di antara bomoh tradisional mengunakan bahan dari pokok inai untuk mengubat penyakit.pokok inai juga di katakan berasal dari alam bunian dan di jaga oleh puteri yang cantik.dikatakan  pokok inai memakan manusia untuk memerahkan dirinya,pokok inai berhantu bila di curahkan dengan darah.
sekadar gambar hiasan
hukum berinai
Hukum melukis menggunakan inai di tubuh seseorang wanita pada asalnya adalah harus kerana tiada dalil yang melarangnya.
Walaupun begitu, hukum ini hanya terbatas kepada kaum wanita sahaja. Oleh itu, hukum berinai bagi kaum lelaki adalah diharamkan kerana berinai adalah tergolong di dalam alat perhiasan bagi kaum wanita. Kaum lelaki dilarang daripada menggunakannya melainkan atas tujuan perubatan sahaja.
Walau bagaimanapun, ia hanya terbatas kepada penggunaan warnayang boleh dihilangkan sahaja seperti inai. Penggunaan warna yang bersifat kekal adalah dilarang kerana ia lebih menyerupai tatoo. Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Nabi s.a.w melarang pembuat tatoo dan yang minta ditatookan”.
(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Namun, jika lukisan atau lorekan inai itu berbentuk atau menyerupai lambang, logo, identiti, ciri-ciri atau tanda-tanda sesuatu benda yang
dilarang di dalam Islam seperti lambang yang berbentuk salib, lambang bagi sesuatu ajaran sesat, lambang bagi sesuatu kumpulan jahat, lambang berbentuk haiwan atau sebagainya ia turut dilarang sekalipun menggunakan inai atau pewarna yang tidak bersifat kekal.
Di samping itu, perlu diingatkan bahawa memakai inai atau seumpama dengannya bukanlah salah satu daripada budaya Islam. Lebih-lebih lagi yang memakai inai ala tatoo, ia sudah jelas adalah pengaruh dan budaya daripada Hindu dan barat yang mana kedua-duanya adalah dilarang di dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW, maksudnya:
“Bukan dari kalangan kita sesiapa yang meniru selain kita”.
(Hadis Sahih Riwayat al-Tirmizi).
Sabda baginda lagi:
“Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia di kalangan mereka”.
(Hadis Sahih Riwayat Abu Daud).
i. Berinai yang sunat
Berinai ketika hendak melakukan ihram bagi perempuan sama ada perempuan tua atau yang muda, yang bersuami atau yang tidak bersuami (janda atau belum berkahwin) hukumnya adalah sunat. Begitu juga sunat bagi perempuan yang bersuami berinai walaupun dia tidak bermaksud untuk berihram.
ii. Berinai yang makruh
Berinai bagi perempuan yang tidak bersuami dan ia tidak bermaksud untuk berihram hukumnya adalah makruh.
iii. Berinai yang haram
Berinai dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak, seperti berinai dengan warna hitam hukumnya adalah haram. Begitu juga haram berinai bagi perempuan yang berkabung kerana kematian suami.
Sunat berinai  dengan daun inai atau sebagainya pada uban dan janggut, dengan warna merah atau kuning bukan warna hitam. Perkara ini telah disepakati oleh ulama Syafi’e.
Di antara dalil yang menunjukkan sunat berinai pada uban dan janggut, hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:
Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu katanya: “Nabi Sallallahu Alaihi Wasalam bersabda: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak mencelup (rambut dan janggut meraka), kerana itu buatlah kelainan daripada mereka.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sementara itu dalil yang menunjukkan haram berinai atau ‘bapacar’ dengan warna hitam ialah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim:
Maksudnya: “Daripada Jabir bin Abdullah katanya: “Pada hari penaklukan Mekah di bawa Abu Quhafah ke hadapan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan rambut dan janggutnya memutih seperti tsaghamah (sejenis tumbuhan bunga dan buahnya berwarna putih seperti putih uban). Maka bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Celuplah (rambut dan janggut) kamu selain dengan warna hitam.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
allahualam….

PELACUR, ANJING DAN KEHIDUPAN

Category : Agama

Assalamulaikum warahmatullahiwabarokatuh….

bislmilah……

DALAM SATU hadis, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Saya merenung panjang setiap kali mengingati hadis ini. Betapa luasnya rahmat Allah kepada hamba-hambaNya. Betapa luas peluang yang diberikan untuk setiap insan mendapat keampunanNya, yang lantas akan memasuki syurga yang tidak tergambar keindahan dan segala kurnia yang ada dalamnya.

Betapa Allah itu Pengasih, kadang-kala dengan amal yang sedikit dijadikan sebab untuk diberikan keampunan yang besar. Namun rahmat Tuhan itu selalu kelihatan hambar disebabkan lidah-lidah sesetengah mereka yang mengaku diri mewakili Tuhan untuk berbicara tentang agamanya. Mereka ini kadang kala yang memakai bahasa, baju dan gelaran agama, seakan mewakili Tuhan dan Nabi.

Malangnya, mereka tidak membawa misi rahmat seperti yang diajar oleh Alah kepada NabiNya s.a.w Mereka itu selalu mengambarkan Allah penuh dengan sifat keras, tanpa ihsan dan kasihan, hanya tahu menghukum dan melaknat. Di manakah keindahan rahmat Allah seperti yang digambarkan dalam hadis di atas?

Di manakah imbangan yang terkandung dalam firman Allah: “Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, Dan bahawa azabKu, adalah azab yang tidak terperi sakitnya” (Surah al-Hijr 49-50)

Perkataan yang digunakan dalam hadis tentang perempuan tersebut ialah mumisah iaitu perempuan yang terkenal dengan perbuatan zina, seperti perempuan lacur. Perempuan seperti itu sentiasa buruk pada nilaian mana-mana masyarakat pun. Ada pun anjing, merupakan binatang yang dianggap hina dalam kebanyakan masyarakat.

Perumpamaan ‘engkau bagaikan anjing’ adalah ungkapan buruk dalam berbagai bangsa dan budaya. Namun, seorang wanita penzina mendapat keampunan Allah S.W.T disebabkan seekor anjing. Siapalah pelacur atau penzina di mata manusia, dan apalah yang ada pada seekor anjing pada penilaian manusia?

Namun, air yang diberikan oleh pelacur atau penzina kepada anjing menyebabkan dia mendapat rahmat dan keampunan. Apatah lagi jika seorang yang baik memberikan bantuan kemanusiaan kepada sesama insan.

Kita mungkin tertanya-tanya: alangkah murahnya syurga, dosa yang besar seperti kegemaran berzina dapat dipadamkan dengan beberapa teguk air yang diberikan kepada anjing. Apakah ini bererti jika seseorang itu perasuah atau penzalim besar maka dia akan diampunkan dengan membuat jamuan rakyat atau dengan memberikan beberapa hidangan yang dihantar ke masjid?

Sudah pasti tidak demikian! Jika itulah tafsirannya, hadis ini akan menjadi lesen manusia berbuat berbagai kesalahan, lalu dia diampunkan dengan sedikit bantuan dan sedekah yang dihulurkan. Tidak begitu!Perkara yang utama yang menentukan nilai dan harga setiap amalan adalah apa yang terkandung dalam jiwa atau jantung hati pengamalnya.

Inilah perkara paling sukar hendaklah dicapai dan dijaga. Keikhlasan dan kejujuran. Ia tersimpan dalam jantung hati insan. Allah mengetahuinya. Tiada ruang berpura-pura dalam jiwa. Ia melahirkan diri yang insaf dan tawaduk kepada Allah.

Amalan yang sama mempunyai nilai berbeza di sisi Allah disebabkan berbezanya keikhlasan dan kekusyukan jiwa pengamal-pengamalnya. Nilai solat dua rakaat setiap kita, mungkin tidak sama di sisi Allah berdasarkan kekusyukan pengamalnya. Bahkan solat dua rakaat yang seseorang itu lakukan dari semasa ke semasa juga tidak sama di sisi Allah disebabkan perbezaan keikhlasan dan kekusyukan ketika mengamalkannya.

Maka dua orang yang berada dalam saf solat yang sama, belum tentu mendapat ganjaran yang sama. Boleh jadi beza antara mereka bagaikan langit dan bumi. Demikianlah amalan baik sesama manusia atau terhadap haiwan dan alam, Allah mengetahui hakikat yang tersimpan dalam jantung hati setiap yang melakukan amalan itu.

Perbuatan mungkin kelihatan sama, namun nilai kejujuran dan penyerahan jiwa kepada Allah, tidak semestinya sama. Menderma, berbudi bahasa, tolong menolong dan seumpamanya adalah amalan yang baik pada zahirnya. Nilaian di sisi Allah pada keikhlasan dan keinsafan diri pengamalnya.

Sebab setiap pembuat kebaikan itu tidaklah semestinya sama dengan kadar kejujuran yang ada dalam jiwa mereka.

Bahkan kadang-kala mungkin ada amalan yang sedikit tapi nilaiannya lebih besar dari amalan yang banyak. Ini disebabkan apa yang terkandung dalam jiwa pengamalnya. Seorang miskin yang menderma RM10, mungkin akan mendapat ganjaran yang lebih daripada seorang kaya yang menderma RM1,000.

Sekalipun nilainya cuma RM10, tetapi itulah kadar yang dia termampu. Kadar itu pula besar bagi dirinya yang hanya bergaji RM10 atau RM15 sehari. Dia mengeluarkan RM10 dengan penuh erti sekalipun mungkin lekeh bagi orang lain. Dia keluarkannya dengan penuh ikhlas dan insaf terhadap kurniaan Allah.

Sudah pasti derma seperti itu berbeza di sisi Allah dibandingkan derma RM1,000 yang dikeluarkan oleh seorang berharta dengan kesombongan, atau kurang keikhlasan, atau ada tujuan tertentu; tanpa rasa insaf dan mengharapkan keredhaan dan ganjaran Allah. Sekalipun RM10 lebih kecil, tetapi ia lebih bernilai di sisi Allah.

Namun, jika kadar yang besar dikeluarkan dengan jiwa yang luhur, pastilah ganjarannya pun lebih.

Demikian juga pelacur tadi, perbuatannya mungkin nampak ringkas iaitu memberi minum kepada seekor anjing, namun mungkin jiwanya penuh dengan keinsafan dan mengharapkan kurniaan Tuhan kepadanya atas perbuatan baiknya itu, maka dia pun diampun, dan dibuka jalan kebaikan.

Mungkin juga perbuatan lacur yang dilakukan selama ini kerana keadaan yang memaksanya atau kehidupan yang mendesaknya atau suasana yang mengheretnya begitu. Allah tahu tentang dirinya, Allah tahu tentang nilai-nilai luhur yang ada dalam jiwanya.

Memberi minum kepada anjing yang kehausan itu satu bukti dari nilai baik dalam dirinya itu. Allah ampuninya. Demikian Allah akan ampuni hamba-hambaNya yang baik yang berada dalam suasana yang sama. Berapa ramai orang bukan muslim yang sangat baik kepada masyarakat manusia, haiwan dan tumbuhan-tumbuhan.

Malangnya, umat Islam atas kelemahan dan kegagalan menjadi contoh yang baik menyebabkan Islam tidak sampai kepada mereka dengan cara yang sebenar lagi meyakinkan. Saya percaya Allah akan mengampuni mereka, sekalipun ada kelemahan pada diri mereka.

Namun, kebaikan yang mereka tunjukkan, yang dilakukan dengan jiwa yang luhur, ada nilai di sisi Allah. Apatah lagi menyebut: “Kami tidak akan mengazab, sehinggalah Kami mengutuskan rasul” (Surah al-Isra; ayat 15). Maksudnya, sehingga ajaran rasul atau utusan Allah itu sampai kepada seseorang, barulah dia dikira bersalah jika enggan mengikutnya.

Ajaran Islam yang sebenar gagal disampaikan kepada kebanyakan masyarakat manusia di dunia ini. Selain media Barat yang memburukkan wajah Islam, umat Islam sendiri pun tidak berdakwah dan gagal menjadi contoh yang baik. Ramai manusia hidup atas nilai-nilai kebaikan yang ada dalam jiwa mereka tanpa berpeluang menikmati tauhid yang benar.

Semoga Allah mengampuni mereka. Bahkan mungkin mereka lebih mendapati keampunan Allah, dibandingkan kita yang mengetahui ajaran para rasul, tetapi gagal menanamkan nilai-nilai luhur dan jujur dalam jiwa kita.

Hadis ini juga mengingatkan kita agar jangan memandang hina kepada orang lain. Ya, perbuatan yang salah memang dihukum salah, dosa tetap dosa. Namun, kedudukan pelakunya di sisi Allah, hanya Allah Yang Maha Tahu. Mungkin satu hari nanti mereka mendapat keampunan melebihi orang lain. Ini semua kerana keikhlasan dan keinsafan jiwa setiap insan tidaklah sama.

Mungkin seseorang kelihatan baik kerana lahir dalam suasana yang baik. Seseorang lain mungkin menjadi jahat kerana keadaan hidup yang melingkunginya. Namun, jika dalam jantung hatinya wujud keikhlasan, kejujuran dan keinsafan diri, dia akan menemui jalan keampunan Tuhan Yang Maha Adil Lagi Penyayang.

Semoga kita semua tawaduk serta insaf terhadap kelemahan diri sendiri dan kelebihan yang mungkin dimiliki oleh orang lain, sehingga dia mungkin disayangi Allah lebih daripada kita! Dengan keinsafan dan perasaan tawaduk itu, diharapkan kita juga mendapat keampunan Allah!

allahualam…

hadist di bulan ramadhan al mubarak

Category : Agama

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda : “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekalian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelebihan bulan Ramadhan ialah meluasnya rahmat dan kasih sayang Allah SWT dan pada masa yang sama Allah SWT menutup pintu neraka dan merantai segala syaitan yang berkeliaran. Umat Islam yang berpuasa pada bulan Ramadhan serta mengamalkan segala yang diperintah dan meninggalkan segala yang ditegah serta tidak berpuasa melainkan kerana iman dan tidak kerana riya’ (agar dilihat orang), sum’ah (agar didengar orang), ikut-ikutan, maka baginya keuntungan dan pahala yang berlipat ganda banyaknya bahkan syaitan sedikitpun tidak diberi kesempatan untuk menggoda atau menghasut mereka. Bagi orang yang berpuasa tetapi masih bergelumang dengan dosa bermakna bahawa puasanya sama sekali tidak bermanfaat baginya. Yang diperolehinya hanyalah lapar dan dahaga dan Allah SWT tidak akan menerima amalannya. Dia lebih mengutamakan nafsunya. Demikianlah dia masih melakukan kemungkaran walaupun tidak digoda syaitan.

———————————————————————————————–

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda ; “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Imam Al Ghazali berkata, “Betapa banyak orang berpuasa yang sebenarnya berbuka, dan yang berbuka padahal berpuasa”. Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum, tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan dosa. Dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan dahaga, tetapi tercemar anggota tubuhnya dengan perbuatan dosa.

Sesungguhnya iman dan nafsu yang jahat tidak mungkin boleh bersama kerana mustahil orang yang kuat imannya disertai oleh nafsu yang liar. Begitu juga tidak akan berlaku orang yang bernafsu liar mendakwa imannya kuat. Maka bulan Ramadhan merupakan peluang bagi umat Islam menundukkan nafsunya kerana peningkatan iman tidak akan berlaku sekiranya nafsu gagal dijinakkan. Sedangkan seseorang itu hanya akan mencapai tahap jihad yang paling tinggi apabila terlebih dahulu berjaya mengekang dan menjinakkan nafsu dalam dirinya.

“Dengan penuh keimanan” sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis di atas bermaksud yakin dengan janji-janji Allah S.W.T dan melaksanakan perintah-perintah Allah dengan penuh keikhlasan iaitu mencari keredhaan daripada Allah semata-mata, bukan berpuasa sekadar ikut-ikutan dengan tujuan untuk berbangga-bangga (riya’), mendapatkan pujian atau habuan dunia.

Antara keistimewaan puasa ialah Allah S.W.T. akan menggandakan pahala bagi orang-orang yang berpuasa melebihi amalan-amalan yang dilakukan pada bulan-bulan yang lain. Orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan ketaqwaan serta mengharapkan keredhaan Allah, maka baginya keampunan dari segala dosa-dosa yang pernah dilakukan itu. Ramadhan adalah bulan yang paling mulia di mana di dalamnya terkandung seribu keberkatan. Malah pada bulan inilah juga Allah S.W.T menurunkan kitab al-Quran.

———————————————————————————————–

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla Berfirman : “Melainkan puasa, kerana ianya untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu”. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan : Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Misk (minyak wangi kasturi). (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Antara keistimewaan puasa ramadhan ialah Allah akan menggandakan pahala bagi orang-orang yang berpuasa melebihi dari amalan-amalan lain sehingga Allah sendiri yang akan menentukan kadar pahala itu di akhirat. Puasa adalah merupakan ibadat yang paling hampir dengan Allah iaitu bagi mereka yang mengikhlaskan diri kepada Allah. Ini kerana puasa merupakan rahsia antara hamba dan Tuhannya.

Dua kegembiraan yang dikurniakan oleh Allah kepada hambanya yang berpuasa :

  1. Gembira ketika berbuka puasa dengan hidangan yang lazat apatah lagi semasa perut sedang lapar dan dahaga.
  2. Gembira kerana akan dapat menemui dan melihat Allah di dalam syurga kelak. Dan inilah nikmat yang agung yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hambanya yang beriman.

———————————————————————————————–

Daripada Aisyah r.a. katanya : “Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang ke sepuluh terakhir daripada bulan Ramadhan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (sembahyang sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya). Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Islam menuntut umatnya yang berpuasa agar berusaha untuk menambahkan amal ibadat mereka apabila masuk hari yang kedua puluh satu Ramadhan sehingga akhir, kerana di malam-malam tersebut akan berlaku Lailatul Qadar. Oleh itu adalah sangat digalakkan untuk kita memperbanyakkan amal ibadat beriktikaf di dalam masjid melakukan sembahyang-sembahyang sunat seperti sunat taubat, sunat tahajjud, sunat tasbih, sunat hajat dan sebagainya selain daripada sunat tarawikh, membaca al-Quran dan berzikir. Bagi para suami, inilah saatnya merebut peluang beribadah bersama keluarga dengan mengajak isteri mereka bangun beribadat bersama-sama. Mudah-mudahan rumahtangga yang dibina sentiasa aman dan mendapat rahmat daripada Allah SWT.

———————————————————————————————–

Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata : “Dinampakkan dalam mimpi seorang lelaki bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Saya pun (Nabi) bermimpi seperti mimpimu, (dinampakkan pada sepuluh malam terakhir) maka carilah ia (Lailatul qadar) pada malam-malam yang ganjil”. (Riwayat Muslim)

Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turun padanya Malaikat Jibril dan malaikat-malaikat yang lain ke bumi dengan perintah Allah. Setiap ibadat yang dilakukan pada malam lailatul qadar dengan penuh ikhlas, insyaAllah amalannya akan diterima oleh Allah dan diampunkan semua dosanya yang telah lalu.

Allah SWT memperuntukkan satu malam di bulan Ramadan malam penuh syahdu dan berkat. Malam yang ditunggu-tunggu oleh para Anbiya’ dan para salihin yang tidak terdapat di bulan-bulan lain iaitu “Lailatul Qadar”. Pada malam inilah Allah menurunkan Al-Quran. Lailatul Qadar berlaku pada mana-mana sepuluh malam terakhir iaitu pada malam-malam ganjil.

Kita seharusnya menginginkan malam tersebut walau sekali seumur hidup tetapi malam itu tidak akan datang bergolek, hendaklah kita berusaha dan berdoa untuk mendapatkannya. Beramal pada malam tersebut akan mendapat ganjaran seperti beramal 1000 bulan atau lebih 83 tahun. Doa kita dikabulkan Allah SWT. Pintalah apa-apa yang munasabah untuk dunia dan akhirat, untuk diri, anak isteri dan ibu bapa serta sekalian muslimin muslimat.

Ulama menyatakan amalan yang sebaik-baiknya kita lakukan di malam Lailatul Qadar (yakni menghidupkan malam tersebut) ialah :

  • Memohon ampun segala dosa yang terdahulu (Istigfar)
  • Mengerjakan solat-solat sunat dan solat Qada’
  • Membaca Al-Quran
  • Berzikir dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
  • Memperbanyakkan membaca doa : [ Maksudnya: "Ya Allah! Engkau yang Maha Pemaaf (Pengampun), kasih kepada kemaafan maka maafkan aku (ampun)". ]
  • Pada malam tersebut hendaklah solat Isyak berjemaah dan Subuhnya juga berjemaah

Malaikat di atas Kaabah

Category : Isu Semasa

Video ini merupakan isu hangat mengenai kelibat Malaikat dan cahaya di atas Kaabah.

Lihat pula video di bawah ini, “Jawapan kepada video di atas” . … → Continue

Tentang Zina

Category : Agama

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : “Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka kerana sangat busuknya”. (Riwayat al-Bazzar)

Di antara sifat orang-orang mukmin yang sebenar adalah menjaga kemaluannya dari perbuatan zina kerana zina adalah termasuk dalam kategori dosa-dosa besar (al-kaba’ir) disamping menyekutukan Allah, meminum minuman keras, berjudi, mencuri dan membunuh.

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”. (Al-Israa’: 32)

Larangan zina yang digunakan di dalam al-Quran ini mempunyai makna yang sangat mendalam iaitu bukan hanya perzinaan sahaja dilarang, tetapi segala-gala yang menjadi pintu ke arah itu adalah dilarang sama sekali seperti memandang aurat wanita, mendengar perkara yang boleh menaikkan nafsu seperti kelunakan suara, bergaul bebas antara lelaki dan wanita, berdua-duaan dengan orang yang bukan muhrim dan sebagainya. Etika berpakaian juga harus dititikberatkan di mana pakaian seorang muslimah itu wajib memenuhi fungsi dasarnya iaitu menghindarkan seseorang dari dorongan berahi kerana jika aurat tidak ditutup dengan sempurna ia akan mengundang berlakunya kejadian rogol atau perbuatan zina yang boleh merosakkan maruah individu yang terlibat. → Continue

Baju KampungFM

Category : KampungFM

assalamulaikum warahmatullahiwabarokatuh……,

bismilah……,

allamdulillah besyukur kehadrat ilahi, kampungFM telah dapat mengeluarkan baju rasmi.pada pemulaan pertama baju kampungFM telah mendapat sambutan yang mengalakan.kini kampungFM telah mengeluarkan tempahan kedua baju rasmi kampungFM untuk para chates,forumer,dan blogger sebagai tanda kenangan bersama kampungFM serta sedikit sebanyak memberi  sokongan dan membantu kos yang di tanggung kampungFM.terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kerana tidak pernah jemu menyokong kampungFM dari mula sampai sekaran.kampungFM akan memberikan yang terbaik pada semua ahli ilmu di masa kini juga pada masa akan datang.

BAJU KAMPUNGFM

Baju kampungFM di Design oleh admin aed sepenuhnya.

→ Continue

Boleh Pinjam Tak??

Category : Fakta

assalamulaikum warahmatullahiwabarokatuh……..

bismilah…..

Fakta atau auta???sesuatu barang atau benda atau hak anda yang telah termaktub sebagai  milik anda secara sah menjadi pinjaman pada saudara atau sahabat anda.selain duit ada sesetengah barangan yang lansung tak boleh bagi pinjam.ramai yang berpendapat ia bagaikan nyawa seseorang itu.jika meminjam barang ini boleh dikatakan mencabuli hak asasi manusia,mari kita tengok barangan yang susah di bagi pinjam sesetengah orang. → Continue

Bendera Malaysia Dicemari Pihak Indon

Category : Berita, Isu Semasa

assalamulaikum warahmatullahiwabarokatuh……..

bismilah……

isu semasa yang mengemparkan rakyat malaysia apabila pihak indon nekad membakar bendera malaysia.pihak indon membakar bendera malaysia hanya kerana penangkapan pegawai berseragam indon .penjelasan Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Priyo Budi Santoso mengesa indon mengambil tindakan terhadap Malaysia sungguh tidak masuk akal.baginya penangkapan rakyat biasa boleh di kecualikan tetapi tidak bila mensabitkan pegawai mereka.

→ Continue

Hacker Jual 1.5 Juta Akaun Facebook

3

Category : Berita, Facebook, Isu Semasa

Seorang penggodam Russia bernama Kirllos menawarkan 1.5 juta akaun Facebook pada harga rendah, lapor firma komputer VeriSign’s iDefense.

Pembeli yang mempunyai kurang ‘10 sahabat’ dalam akaun laman web itu boleh membeli 1,000 akaun pada harga AS$25 (RM85) manakala pemilik lebih 10 sahabat boleh membelinya pada harga AS$45 (RM153). → Continue