Assalamulaikum warahmatullahi wabarokatuh……
bismilah….
pengenalan
inai ialah sejenis tumbuhan renek yang mempunyai bunga berwarna pucat.Tumbuhan ini boleh membiak melalui keratan batang dan biji benih.Daunnya yang telah matang berwarna hijau gelap dengan bintik-bintik kehitaman.Dikatakan bintik ini menentukan kemerahan warna inai bila digunakan untuk mewarna kuku, semakin hitam daun inai itu, semakin merah warna yang dikeluarkan. Tumbuhan ini sukakan kelembapan yang agak tinggi dan mengaliran yang baik, namun ia adalah tumbuhan yang agak lasak dan boleh bertahan dalam keadaan kering yang tidak terlalu lama.Pokok inai membawa pelbagai nostalgia terutamanya untuk kita yang membesar di kampung.Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis adalah sejenis pokok yang mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi terutamanya bahagian daunnya. Pokok inai yang mempunyai banyak ranting ini mendapat namanya daripada perkataan Arab ‘Hina’ yang bermaksud ubat.
Ahli sejarah mendakwa bahawa orang orang Mongol telah membawa inai ke India pada kurun ke-12 sementara pihak lain mendakwa inai berasal dari India. Ahli arkeologi pula mengatakan mereka menemui bukti bahawa inai telah digunakan oleh orang Mesir dalam proses menghasilkan mumia apabila mereka mendapati kuku jari dan kaki mumia yang mereka temui disapu dengan sejenis pewarna merah yang dipercayai adalah inai.
Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang sememangnya terdapat dalam asid henotanik akan bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut. Minyak daripada biji inai mengandungi behenik, arasidik, sterik, palmitik, asid oleik dan linoleik.
sekadar gambar hiasan
khasiat
Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutamanya pada daunnya. Selama berkurun kurun lamanya inai telah digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk di sapukan pada bahagian luka,benanah,bengkak,kudis,atau tercedera.Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit. Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.
Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang. Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.
Bagi orang orang India, air daun inai baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan. Mereka juga percaya berkumur dengan air daun inai boleh menolong menyembuhkan sakit tekak.
Orang India juga menggunakan daun inai dengan menyapunya pada kulit untuk mengubati penyakit kulit, bisul dan melepuh. Mereka juga menggunakan daun daunnya untuk menyembuhkan sakit kepala dan rasa panas di kaki.
Penyakit penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal.
Bagi kulit pokok inai, ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis dan hati yang membengkak. Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit. Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepada. Sementara itu, akar akar dan palpa digunakan untuk merawat bisul.
Di samping penggunaan untuk tujuan perubatan, daun inai juga seperti yang kita ketahui digunakan untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki. Bila dicampurkan dengan pewarna asli yang lain, pewarna inai juga boleh digunakan untuk mewarnakan rambut dan bahan tekstil.
sekadar gambar hiasan
mistik
pokok inai di percayai berpenungu dan di puja oleh orang melayu dahulu.pokok inai di katakan mempunyai hikmah kerana dapat mengubati banyak peyakit ia juga di angap satu bahan penting dalam upacara pemujaan.banyak di antara bomoh tradisional mengunakan bahan dari pokok inai untuk mengubat penyakit.pokok inai juga di katakan berasal dari alam bunian dan di jaga oleh puteri yang cantik.dikatakan pokok inai memakan manusia untuk memerahkan dirinya,pokok inai berhantu bila di curahkan dengan darah.
sekadar gambar hiasan
hukum berinai
Hukum melukis menggunakan inai di tubuh seseorang wanita pada asalnya adalah harus kerana tiada dalil yang melarangnya.
Walaupun begitu, hukum ini hanya terbatas kepada kaum wanita sahaja. Oleh itu, hukum berinai bagi kaum lelaki adalah diharamkan kerana berinai adalah tergolong di dalam alat perhiasan bagi kaum wanita. Kaum lelaki dilarang daripada menggunakannya melainkan atas tujuan perubatan sahaja.
Walau bagaimanapun, ia hanya terbatas kepada penggunaan warnayang boleh dihilangkan sahaja seperti inai. Penggunaan warna yang bersifat kekal adalah dilarang kerana ia lebih menyerupai tatoo. Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Nabi s.a.w melarang pembuat tatoo dan yang minta ditatookan”.
(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Namun, jika lukisan atau lorekan inai itu berbentuk atau menyerupai lambang, logo, identiti, ciri-ciri atau tanda-tanda sesuatu benda yang
dilarang di dalam Islam seperti lambang yang berbentuk salib, lambang bagi sesuatu ajaran sesat, lambang bagi sesuatu kumpulan jahat, lambang berbentuk haiwan atau sebagainya ia turut dilarang sekalipun menggunakan inai atau pewarna yang tidak bersifat kekal.
Di samping itu, perlu diingatkan bahawa memakai inai atau seumpama dengannya bukanlah salah satu daripada budaya Islam. Lebih-lebih lagi yang memakai inai ala tatoo, ia sudah jelas adalah pengaruh dan budaya daripada Hindu dan barat yang mana kedua-duanya adalah dilarang di dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW, maksudnya:
“Bukan dari kalangan kita sesiapa yang meniru selain kita”.
(Hadis Sahih Riwayat al-Tirmizi).
Sabda baginda lagi:
“Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia di kalangan mereka”.
(Hadis Sahih Riwayat Abu Daud).
i. Berinai yang sunat
Berinai ketika hendak melakukan ihram bagi perempuan sama ada perempuan tua atau yang muda, yang bersuami atau yang tidak bersuami (janda atau belum berkahwin) hukumnya adalah sunat. Begitu juga sunat bagi perempuan yang bersuami berinai walaupun dia tidak bermaksud untuk berihram.
ii. Berinai yang makruh
Berinai bagi perempuan yang tidak bersuami dan ia tidak bermaksud untuk berihram hukumnya adalah makruh.
iii. Berinai yang haram
Berinai dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak, seperti berinai dengan warna hitam hukumnya adalah haram. Begitu juga haram berinai bagi perempuan yang berkabung kerana kematian suami.
Sunat berinai dengan daun inai atau sebagainya pada uban dan janggut, dengan warna merah atau kuning bukan warna hitam. Perkara ini telah disepakati oleh ulama Syafi’e.
Di antara dalil yang menunjukkan sunat berinai pada uban dan janggut, hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:
Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu katanya: “Nabi Sallallahu Alaihi Wasalam bersabda: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak mencelup (rambut dan janggut meraka), kerana itu buatlah kelainan daripada mereka.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sementara itu dalil yang menunjukkan haram berinai atau ‘bapacar’ dengan warna hitam ialah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim:
Maksudnya: “Daripada Jabir bin Abdullah katanya: “Pada hari penaklukan Mekah di bawa Abu Quhafah ke hadapan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan rambut dan janggutnya memutih seperti tsaghamah (sejenis tumbuhan bunga dan buahnya berwarna putih seperti putih uban). Maka bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Celuplah (rambut dan janggut) kamu selain dengan warna hitam.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
allahualam….