*sekadar perkongsian semata mata..*
pernah mendengar cerita tentang isteri yang dipukul oleh suaminya?
sudah tentu pernah,bukan?
drama-drama yang disiarkan ditelevisyen juga banyak menyajikan babak-babak dimana pelakon wanita ditampar,ditendang dan sebagainya.
jadi kita tahu hakikat dimana ada berlaku kes keganasan rumah tangga di tanah air yang tercinta ini.
namun begitu,coretan kali ini bukan berkisar tentang itu.
ianya tentang:
wanita yang dijadikan bahan belasahan oleh teman lelakinya.
sejak kebelakangan ini,ada teman-teman aku yang berkongsi cerita tentang mereka sendiri atau kawan mereka yang menjadi mangsa pukul teman lelaki mereka.
dan cerita tentang pukul-memukul ini terus aku dengar.
saban hari makin bertambah.
sebaik sahaja aku mendengar perihal tersebut aku terpanggil untuk berfikir.
berfikir tentang rasionaliti seorang lelaki itu dengan sewenang-wenangnya memukul teman wanitanya sendiri.
lelaki tersebut tidak punya hak.
lelaki tersebut tidak punya kuasa.
mereka belum ada apa-apa ikatan.
namun mengapa mereka bertindak sedemikian?
ego.
mahu tunjuk hebat.
kononnya mahu mengawal teman wanita mereka.
kononnya panas baran.
mungkin salah satu dari sebab diatas.
mungkin juga lelaki tersebut punya kesemua sebab diatas.
hentikan,lelaki dayus.
aku sudah naik menyampah dengar cerita-cerita begini.
satu kenyataan yang harus lelaki dayus sebegini terima:
"lu sapa nak pukul anak dara orang sesuka hati?!"
ego kau tinggi melangit?
kau nak tunjuk hebat boleh pukul orang?
kau nak tunjuk pada kawan-kawan kau yang kau boleh kawal teman wanita kau?
kau ada sifat panas baran?
hei,bodoh.
cari yang setaraf dengan kau lah!
kenapa wanita yang penuh ciri kelembutan juga jadikan mangsa?
kenapa kau bodoh sangat?
atas sebab diatas kau boleh sesuka hati nak belasah anak dara orang?
dan wanita tersebut bukan isteri kau!
tolonglah,para lelaki dayus sekalian.
hentikan.
hentikan,bodoh.
hentikan!
masyarakat kita sudah hidup dalam arus permodenan.
tinggalkan ritual-ritual bodoh sebegini.
wanita dan lelaki sekarang sudah sama kasta.
tiada lagi istilah penindasan.
tiada lagi seksism.
dan lebih memalukan:
hampir kesemua kes yang aku dengar melibatkan lelaki melayu.
aku bukan mahu menempelak lelaki melayu kerana aku juga berbangsakan melayu.
aku juga punya warisan yang mahu dijunjung.
aku juga tiada sempurnanya.
aku cuma mahu berkongsi ideologi.
para lelaki dayus,jangan buat aku malu mahu mengaku melayu.
dan kepada para wanita,
ludah sahaja muka lelaki sedemikian!
p/s= renung2 kan lah..












